Sunday 17 April 2016

Melangkahi Sempadan* (ISIS)

Kedamaian akan bertukar menjadi laut yang bergelora
darimu tak ada cerita-cerita yang menenangkan kalbu
beritamu tiada lain kematian, penculikan dan tebusan
lalu melangkahi sempadan huru-hara di kepulauan.


Keganasanmu makin meluas kau seret ke dalam gelap
dan mulai memital benang kusut tak nampak hujung
kau masih berangan yang tak mungkin menjadi nyata
tapi kau ingin menawan gelombang bertiup ke arahmu.

Nusantara dan laut pesisir tak akan bersekutu dengan
eksterimis dan kekerasan dan golongan militansi 
sempadannya akan terus dilindungi dengan semangat 
bangsa dan tiap serangan kodokmu akan ditangkis.

Tuntutanmu Nusantara pintu masuk segala kejahatan
anasir-anasir  ribut padang pasir tak akan memberi
kekuatan dan dorong padamu kerana ideologi dan
fahaman keliru dan hanya membawa angin kekalahan.

No comments:

Post a Comment