Tuesday 12 April 2016

Kegilaan Ini* (ISIS)

Kau tak ada hak menconteng langit biru dan
lalu mencat hitam dengan warna pilihanmu
dan berkata siapa yang berkata langit biru
kau akan memotong kepala orang itu.

Kemudian menyatakan kepada alam maya
bulan kamu terlalu cantik harus dijatuhkan
hukuman supaya cahayamu digelapkan
kerana kau anggap bukan jenayah, membunuh.

Keberanian itu menjadi panggilan olok-olok
ketika dijerit oleh satu orang, menghukum orang lain
sama seperti orang gila yang patut dilokap
ucapan dan tindakan membunuh bukan orang beradab.

Kegilaan ini tidak patut diambil remeh-temeh
kerana di dalam dirinya tak ada ruh hidup
atau ada rasa penghormatan kepada hidup berbudaya.

No comments:

Post a Comment