Tuesday 12 April 2016

Khayalan Dan Mimpi* (ISIS)

Kau berdiri beriya-iya seperti kau pembela Islam
tapi sebenarnya dalam dirimu kau telah menghina
dirimu sendiri dan seteru yang seiring denganmu
Islam tetap hidup dan dipelihara tangan samawi.

Di alaf 21 ini kau masih bertemu dengan manusia
yang tak menghormati di mana bumi dipijak di situ
langit dijunjung, tiada seorang pun berhak dan berkata
kerana tindakan dan fikiran kita tak sama kau bunuh.

Kepada bangsaku, jangan sekali kau terpedaya
dengan pengucapan dan propaganda mengarut itu
Ajaran Islam mengajarmu kasih pada manusia sejagat
dan sujud menghadap Tuhan Yang Maha Esa.

Khayalan dan mimpi yang ia bicarakan itu tak ada
tunjangan pada realiti kehidupan ini dan ideologinya
keganasan, militansi dan teror dan pembunuhan massa
siapa yang mahu bergabung dengan orang-orang gila ini.

No comments:

Post a Comment