Wednesday 29 April 2015

Kaamatan*(HE)(UB)(Malaysia)(Terbit)

Gema gong di awal bulan
gunungmu Kinabalu seperti
pahlawan yang berdastar
di langit biru Kaamatan.

Gerak kakimu teratur
sayap helangmu melayang
ke laut Pulau Mantanani
pulang ke Simpang Mengayau.

Sumandak peribumi turun
berdandan dan wajahnya
angin lembah Kundasang
sukmanya pelangi selepas hujan.

Rindu melangkar malam
sayang bercambah di bumi
nafasmu hutan Khatulistiwa
bola matamu cahaya purnama.

*Tersiar Di Daily Express 3 Mei 2015
*Tersiar Di Utusan Borneo 24 Mei 2015






No comments:

Post a Comment