Sunday 29 August 2021

Deklamasi Anak Merdeka

 Tajuk: Deklamasi Anak Merdeka

Malaysia, tanah tumpah darahku
Bumi hijau langit biru menjulang
Rimba jati gunung megah
Lautmu tenang dan pulaumu indah.
Malaysia, tanah ibu pertiwi
Jayalah bangsaku tercinta
Hidup Makmur negara bangsa
Aman damai sepanjang zaman.
,
Malaysia, jalur gemilang
Rahmat juang Kurnia Tuhan
Kemerdekaan negara jaya
Kemenangan bangsa abadi.
Malaysia, Wahai bangsaku bangkitlah
Memaknakan kemerdekaanmu
Semangat berkorban kita bersama
Maju, majulah negaraku tercinta.

Sabahuddin Senin
Kota Marudu
28 Ogos 2021

No comments:

Post a Comment