Thursday 7 December 2017

Baitul Maqdis*

Cinta pada damai
perjuangan abadi
tanpa mengira waktu
tanpa sempadan

Bersuara atas kesedaran
bertindak dengan hikmah
kemenangan menawan amarah
membunuh kezaliman

Kata-kata, senjata lawan
impian sepanjang zaman
semuanya terkumpul dalam
himpunan doa-doa mutaki.

Menyerah hanya pada-Mu
kepunyaan-Mu, tiada dapat menuntut
kekuasaan  abadi tak tertakluk
dalam takaran waktu.

Baitul Maqdis, Baitul Maqdis
cinta kami hidup
tak akan pernah padam
hidup abadi sampai kiamat.

Nilai
Disember 2017

*disiarkan Utusan Borneo 10 Disember 2017

No comments:

Post a Comment