Sunday 2 September 2018

Pidato Kemerdekaan*


Kau bertanya tentang makna kemerdekaan
Aku menjawab kemerdekaan hakiki itu
Membebaskanmu dari panah-panah derhaka
dari segala penjuru tujuan membunuh.

Kau bertanya tentang makna kemerdekaan
Aku menjawab kemerdekaan hakiki itu
Kedamaian dan kesejasteraan bangsa
bertunjang pada bumi Tuhan Rahman.

Kau bertanya tentang makna kemerdekaan
Aku menjawab kemerdekaan hakiki itu
Jaya Negara bangsa warisan turun-temurun
Tahan diuji zaman padu seperti gunung.

Kau bertanya tentang makna kemerdekaan
Aku menjawab kemerdekaan hakiki
Kasih-sayang adalah senjata ummah
Dendam kesumat adalah api durjana.

Kau bertanya tentang makna kemerdekaan
Aku menjawab kemerdekaan hakiki
Ketika lapar dan kemalaratan bangsa
Kau berada di situ tangan pelindung.

Kau bertanya tenang makna kemerdekaan
Aku menjawab kemerdekaan hakiki
Seperti alam raya dengan hawa khatulistewa
Tak disentuh oleh tangan-tangan serakah.

Kau bertanya tentang makna kemerdekaan
Aku menjawab kemerdekaan hakiki
Amanat yang kau diamanahkan
Saksi dan kebenaran sejarah bangsa.

Ya Rabbi, biarlah kemerdekaan ini
Perjuangan bangsa sepanjang zaman
Khazanah warisan bangsa terlindung 
Tiap tindakanm adalah kurnia-Nya.

Kota Marudu
30 Ogos 2018

No comments:

Post a Comment