udara berlingkar bau dari masa silam
di sepanjang lorong penjual tekun mengumpan pembeli
ketika tawar-menawar, kucuba mencari matanya
kucuba membina suatu harapan
hatinya pejal, aku mengalah.
Di lorong jalan sehala ini
penjual dan pembeli mempertaruhkan impian
beberapa pasang kasut, pernah ada ceritanya sendiri
di lorong malam atau di siang kencana.
kini mencari pemilik baru.
Sang penjual mobile
duduk berjongkong, yang berdiri menawar harga
ada pakaian borongan, dan apa saja yang boleh terjual.
Di hujung lorong pengoreng chakui
menatang minyak di kuali
dahinya berkeringat
seperti keringat ibu dari pasar
Pasar kerat
lorong ke masa silam.
China Town KL
21 Ogos 2010
*antologi RM & SS

No comments:
Post a Comment