bagaikan terkejut pepohonan kelapa diam berbuah
pada gelombang semusim gemuruh dalam nyanyian sedu
bergulung-gulung menendang air pasang ke pantai yang pasrah.
langit biru memperingatkanmu ke mana lagi kau merontah
mencari jawapan pada sebuah kegelisahan yang terguris
bagaikan mencari sesuatu yang hilang tak ternilai mengabur pergi
pada gunung pun berhenti menjawab hanya sesekali gempa terusik.
pada padang rerumput kau luahkan kehangatan malam
di jalan-jalan kecil itu tak kulihat kembang-kembang bunga
sesekali burung rosela terbang sekawan singgah pada pepohonan
barangkali sekedar mengucap salam lalu beredar lagi.
ketika mendung memberat isyarat hujan akan turun
memandang ketenangan pulau kekadang menghilang sekilas
katanya sebuah cinta meminta kepastian dan penjelasan
kerana disebalik rimbunan ada sepasang mata mengintip.
Ya Rabbi, begitu senang menanjap ketenangan sebuah hati
ia pun datang bagai angin kencang kemudian kendur sirna
Kaulah pelindung, ketika aku terlentang kesurutan di sebuah pelabuhan
Yusuf, kau tamu, sebentar, biar kita duduk menyantap selera.
Honiara
17 Ogos 2010

No comments:
Post a Comment