Sungai selepas hujan mengalir
menemui kekasihnya di laut
langit jernih dalam kanca siang.
Di pinggir hari ia mengasah
terus mengasah mata pisau
sesekali mendarahi hujung jari.
Mimpi terusik
pada kecapi putus tali
langit menunggu
supaya dimainkan lagu itu
sampai terakhir.
Tak semua kau saksikan
bagai sekilas komet
hanggus menghilang dalam
kelam.
Kau mencari ingatan dan
menemui kekasihnya di laut
langit jernih dalam kanca siang.
Di pinggir hari ia mengasah
terus mengasah mata pisau
sesekali mendarahi hujung jari.
Mimpi terusik
pada kecapi putus tali
langit menunggu
supaya dimainkan lagu itu
sampai terakhir.
Tak semua kau saksikan
bagai sekilas komet
hanggus menghilang dalam
kelam.
Kau mencari ingatan dan
membongkar kenangan.
Ya Rabbi,
Ya Rabbi,
sabarlah padaku
ketika aku terlupa
lalu menggetar amarah-Mu.
Pada cinta-Mu
sekalipun aku harus merangkak
mencari-Mu ke bintang-bintang
ke bulan dan mentari.
Aku tau Kau dekat.
Honiara
27 Julai 2010
ketika aku terlupa
lalu menggetar amarah-Mu.
Pada cinta-Mu
sekalipun aku harus merangkak
mencari-Mu ke bintang-bintang
ke bulan dan mentari.
Aku tau Kau dekat.
Honiara
27 Julai 2010
**Antologi Puisi 'Zikir Cenderawasih' oleh Hj Bung Johar, Sabahuddin Senin dan Haji Domeng, Borneo Top Publishing House, 2014.
No comments:
Post a Comment