Selepas maghrib ia duduk
antara wajah malaikat
antara wajah malaikat
kata-katanya lunak
lembut dan cinta murni seorang dai
menatap sekilas
lalu menunduk kepala patuh.
Inilah malam tabaruk
mengalir dari langit musim semi
tempias hujan
pada kaca jendela
tak mengendur kami
Ia mengambil kisah silam
matanya tenang
melihat sosok tanah liat
kasih sayang dalam kata-kata
bernafas sarat tertib dengan doa.
Setelah usai
aku mohon doa
katanya, 'tolong, segelas air bening.'
aku pergi dan kembali
lalu memberikannya
ia minum perlahan
dan meneguk puas
'Sekarang aku mendoakanmu
kerana aku telah
mengenalmu,' katanya perlahan.
Malam itu
aku pun mendoakannya
kerana segelas air.
Queanbeyan NSW
2 March 2011
*ITBM Jun 2015
lembut dan cinta murni seorang dai
menatap sekilas
lalu menunduk kepala patuh.
Inilah malam tabaruk
mengalir dari langit musim semi
tempias hujan
pada kaca jendela
tak mengendur kami
Ia mengambil kisah silam
matanya tenang
melihat sosok tanah liat
kasih sayang dalam kata-kata
bernafas sarat tertib dengan doa.
Setelah usai
aku mohon doa
katanya, 'tolong, segelas air bening.'
aku pergi dan kembali
lalu memberikannya
ia minum perlahan
dan meneguk puas
'Sekarang aku mendoakanmu
kerana aku telah
mengenalmu,' katanya perlahan.
Malam itu
aku pun mendoakannya
kerana segelas air.
Queanbeyan NSW
2 March 2011
*ITBM Jun 2015
No comments:
Post a Comment