Monday, 14 March 2011

Januari 2011 (Pasifik)(Suasana)

Doa manis menitis dari sedut dan hembus
ketika nalurimu terusik
tenang, tenang hati tindih-menindih
dalam rumpun hijau di lembah firdausimu
aku mencarimu dari getar nafas
dan membuka lipatan sutera merah jingga
waktu silam telah lama
berubah dan terlupakan
sekarang lembayung senja tersingkap.

Kita memang saling tak kenal, dan mengenal
manisku, rumpun bambu  lama sudah tak terusik
pusar angin mendekat di dalam hati
malam santai kau kehabisan kata
menjuluki purnama
meninggi jauh di hujung langit
kini seribu malam setanggi
berubah madu lebah di rimba kekasih.

Apa perlunya menamakan
kolam oasis ini, kerana di situ sudah
berdatangan para kekasih,
pengelana yang mencari teduh
pada huruf-huruf yang tercantum
dalam zikir illahi
mubarak, Selamat datang 2011.

Honiara
Solomon Islands
Januari 2011

No comments:

Post a Comment