Sunday, 13 March 2011

Rumpun Bambu Berseloka*(ITBM)

Kalau malam diam mengapa kau tanyakan
biarkan nyanyi kolam berlipur sendiri
Zakaria, kujejakimu sampai ke puncak
tak usah gundah kerana kau telah berkata
biarkan rumpun bambu di halaman berseloka.

Kalau aku tak membalas bicara
apa lagi membanting pintu di depanmu
lebih baik diam di laut tenang
dalam bercanda kita menilai wajah dan kulit
mereka terhibur dalam berghibat.

Kalau kita tak berjiran mengapa peduli
tiada lagi kejujuran berkata sopan
ketika bertemu manis madu lautan kasih
aku pun tak peduli lagi
kata-katamu ngonggong anjing tak berbalas.

Queanbeyan,
NSW
9 March 2011

*ITBM Jun 2015

No comments:

Post a Comment