Monday, 18 January 2016

Hutan Sukau, Sungai Kinabatangan (Cemar)

Kau tak akan melepaskan apa yang ada dalam genggaman
hutanmu selalu penuh keramaian, tak pernah sunyi dan sepi
sungaimu tak kira musim terus memberi nadi hidupan liar
iklimmu memberikan harapan dan impian peribumi masa depan.

Apa cara aku dapat menyampaikan padamu supaya kau sedar
tak ada satu kata terlambat supaya kau buat keputusan merugikan
suara-suara pergunungan dan pesisir tanah peribumi mengiyang
tak akan dibiarkan tanah ini kau cerobohi dan musnahkan.

Dengarlah kami kerana kata-kata yang terucap ini datangnya
dari hati nurani yang sedar dan dari anak peribumi yang kasih
sekali kau melakukan keputusan yang salah dan membabi buta
akan membawa padah seribu tahun dan penyesalan tak sudah.

Jangan kau sentuh hutan tinggal sedikit itu kerana nafsu serakah
berselindung di sebalik pembangunan yang merugikan alammu
memusnahkan hidupan liar kerana ketololan dan tindakan gegabah
hentikan keinginanmu itu, kerana kau masih belum terlambat.

Kalau memang benar kau punya sedikit ketakutan dalam sukmamu
kau tak akan berbuat sesuatu peninggalan yang nanti menghantui dirimu
masa depan hutan simpanan liar itu tergantung pada tindakanmu sekarang
kau harus memberi jawaban tepat, kalau tidak kau jadi sasaran penyesalan.


No comments:

Post a Comment