Apa yang kaulihat pada suatu malam
ledakan api gunung meletus
tanah leluhur terputus dari daratan
suara pupus dalam mimpi gerun
diari memori terbakar hanggus
jerit anjing terluka di sebuah Pulau.
Siapa masih mengipas bara api
sekalipun hujan telah berhenti
kalimat indah ternoda
dendam kesumat mencurimu
pada suatu malam.
Rendamkan amarahmu
kau tak bisa melukis pelangi
apa lagi menarikan topeng.
kalau kau mau kemenangan
lindungi langitmu yang
masih belum terconteng.
Honiara
8 November 2011
*ITBM Jun 2015
This collection of poetry is the work of Sabahuddin Senin. All the poems are copyright of the poet. Any publication must get permission from the poet. Most of the poems are written in the Malay language. Sabahuddin Senin is a writer from East Malaysia, Sabah.He studied at the Universiti Sains Malaysia, Penang, NIDA, University New South Wales and the Australian National University, Canberra. He spends most of his time in Malaysia, Australia and Solomon Islands. 13th April, 2011
Wednesday, 9 November 2011
Kesabaran Gunung Bertahan*(ITBM)
sebuah foto perjalanan
terasa gerimis nipis
di depan cermin
ia mengelus kening
mempelajari anak mata.
Bila kedamaian
telah sirna
kata-kata bukan
sari pekat madu
kebencian mengepong
kemampuan bersabar.
Ya Rabbi,
kelembutan dan kesabaran
teruji di gunung bertahan.
Honiara
12 Oktober 2011
*ITBM Jun 2015
Tanah Asing (Pasifik)
Suatu siang aku menyapa
salam
kau bertanya, 'saudaraku,
mengapa terlalu lama
saling tak bertanya khabar
apa lagi menegur dalam mimpi.'
Aku menjawab
'Di tanah asing
menjinakkan hati
menghalau kegelapan.'
Honiara
12 Oktober 2011
salam
kau bertanya, 'saudaraku,
mengapa terlalu lama
saling tak bertanya khabar
apa lagi menegur dalam mimpi.'
Aku menjawab
'Di tanah asing
menjinakkan hati
menghalau kegelapan.'
Honiara
12 Oktober 2011
Komet*ITBM
Aku, kekasih yang belum sempurna
sesekali ujian datang aku tercundang
usah engkau merasa bosan
mendengar keluh-kisah yang berulang kali.
Engkaulah penggenap kerinduan ini
telah kurebahkan kepakku
merata ke dasar bumi.
Di malam kelam
kulihat letus komet
mendesir hangus di langit samawi.
Honiara
12 Oktober 2011
*ITBM Jun 2015
*AP Volume 1, 2013
Kwaiao, Pulau Malaita (Pasifik)
di lembah Kwaiao
masa silammu,
kau dipanggil, 'beburung hitam'.
kerana kasih kau terpanggil
tamumu, di gubuk atap rumbia.
Suatu senja, kucarimu
di antara belahan bukit, pepohonan koko
kelapa, kebun ubi, sireh-pinang.
di situ kutemuimu.
Suara-suara paraumu
mengusik rimbunan hutan liar
adat tradisi Malaita yang kental
di telingamu dibisikan
kalimah tauhid.
Honiara
11 Oktober 2011
Niat (Pasifik)
di daerah-daerah rawan malam memanjang
pendeta-pendeta pulang mengutip
cerita-cerita, kedegilan yang menggila
kemarahan pribumi menyimpan
dendam yang meluap.
bagaimana aku menyingkapkan tabir hatimu
biarkan cahaya itu menghalau
kegelapan rimba seribu kencana
kedatanganku bernada cinta dan kedamaian
tidak samasekali membidik kemarahan
tapi mengelusmu dengan cinta dan kasih sayang.
di daerah yang dilupakan ini
aku datang berkhemah
memanggilmu, datanglah
biarkan malam gelap itu tersingkap
dengan awal kerdip cahaya.
Honiara
11 Oktober 2011
pendeta-pendeta pulang mengutip
cerita-cerita, kedegilan yang menggila
kemarahan pribumi menyimpan
dendam yang meluap.
bagaimana aku menyingkapkan tabir hatimu
biarkan cahaya itu menghalau
kegelapan rimba seribu kencana
kedatanganku bernada cinta dan kedamaian
tidak samasekali membidik kemarahan
tapi mengelusmu dengan cinta dan kasih sayang.
di daerah yang dilupakan ini
aku datang berkhemah
memanggilmu, datanglah
biarkan malam gelap itu tersingkap
dengan awal kerdip cahaya.
Honiara
11 Oktober 2011
Merdeka (Kemerdekaan)
Menghirup udara merdeka
merentap mimpi-mimpi dan inspirasi
jalan baru, taman desa
kota dan bandar diberi nama.
Dalam dakapan merdeka
mampukah kita menyatakan cita rasa
bukankah ini anugerah gemilang
merdeka berdaulat, pengangkatan martabat
sari madu dari perjuangan.
Dari makna kemerdekaan itu,
membebaskan diri
dari lingkaran syirik
firaun-firaun angkuh.
Bukankah tertib itu
membawa kemenangan rohani
disulam dengan ketajaman berfikir
politik yang adil
dalam masyarakat merdeka.
Deklarasi kemerdekaan
bukan pada slogan murah
tapi amalan bersih dan pengorbanan
doa-doa yang tertib
mengalir dari rasa tawajuh dan istiqamah.
Honiara
11 Oktober 2011
*AP Volume 1, 2013
*Antologi Kemerdekaan
Subscribe to:
Posts (Atom)