di lembah Kwaiao
masa silammu,
kau dipanggil, 'beburung hitam'.
kerana kasih kau terpanggil
tamumu, di gubuk atap rumbia.
Suatu senja, kucarimu
di antara belahan bukit, pepohonan koko
kelapa, kebun ubi, sireh-pinang.
di situ kutemuimu.
Suara-suara paraumu
mengusik rimbunan hutan liar
adat tradisi Malaita yang kental
di telingamu dibisikan
kalimah tauhid.
Honiara
11 Oktober 2011
No comments:
Post a Comment