Aku telah melihatmu
di sebalik warna-warna
ada isyarat dan tanda.
Tiap helah nafasmu
dan gerak-gerak dan perubahan
di wajah itu adalah satu tanda
yang payah untuk menyembunyikan
siasat dan arah angin bertiup.
Apakah ia merubah
sebuah pantai ataupun daratan?
Kerana tiap pemilik hati
ia adalah dalangnya sendiri
dalam diam atau ia, dai'
memanggil dengan kasih sayang.
Yang dipanggil teman
sepatutnya tak berubah dalam
ujian musim
sekali pun ia telah memakai tongkat,
kemampuan, tekad dan jazbah
yang tak pernah dikalahkan
oleh terkaman harimau kalbumu.
Perlukan aku risau
ia yang telah menjadi duri-duri
yang diam-diam, atau panah-panah
yang siap dilepaskan dari busurnya,
duri yang melilit di mahkota kepalamu
di kala malam keresahan dan majnun.
Namun aku tak akan pernah mengeluh
atau tersentuh luka kerana
ia adalah sandiwara ngonggong
anjing bukit musim-musimnya.
Cuma ada sedikit geirmis
kepada sahabatku yang
menyembunyikan tangannya
ketika ia diminta menjelaskan duduknya
dan yang mengenggam tanganmu
ketika kau memerlukan.
Seorang Sahabat tak akan
merubah atau berubah
pada permainan angin
atau masa-masa gerhana.
Dapatkah aku mendiamkan
suara hatiku dari khayalan
pertarungan itu adalah
perang yang meletus
di dalam kalbuku sendiri.
Kota Marudu
April 2019
No comments:
Post a Comment