Di lantai bumi
puing-puing rumah hanggus
barah apinya masih tak padam
bau mayat hitam terbakar
dulu perkampungan damai
riuh anak-anak Rohingya
bermain di halaman
langitmu tenang dan jernih
bumimu lembah subur.
Suatu siang
kamu melihat polis-polis tentera
berarak memasuki halamanmu
bukan datang membela
tapi membiarkan penceroboh
dan penjahat memusnahkan
harapan dan impianmu.
Tirani dan kezaliman
seteru kejahatan
telah mengusirmu
dan ingin menghapus
jejak-jeajak sejarahmu
di bumi Arakan.
Kata dan tindakan
telah diputar belit
anjing jalanan pun tak dapat
kau bohongi
kerana kamu memang
seorang penzalim
menyakiti Rohingya.
Nilai
Januari 2017
No comments:
Post a Comment