Katamu, kedamaian kalbu telah
hilang
kau bingung melihat kekosongan ghairah
melangkah ke depan telah lama berhenti
kemampuanmu telah terpinggir
dan malam gerhana tergantung dalam diri.
Bahasamu bercelaru dan hanyut dibawa
pada keputusasaan diselubungi gerhana
kau telah berhenti mencari dan berfikir.
Lalu suara itu berbisik pada telingamu
berdoalah dalam bahasa leluhurmu
kata-kata Bahasa Melayu
yang tumbuh di tanah peribumi
kau tak akan pernah kecewa
kerana bahasamu hidup dan kaya.
No comments:
Post a Comment