Kau asalnya
manusia tak pernah puas
apa yang kau mau, sudah ada
dulu kau hanya sekujur tubuh
lahir tanpa pakaian
sekarang tiap gerak
dan bualmu didengar orang.
Memang tidak ada apa-apa
mengapa kita selalu lupa
kita siapa
Lihatlah pada seorang fir'aun
akhirnya tengkorak dan
tulang-belulang
tiada apa-apa dibawa pulang.
Kau baca perintah
dengan nada tinggi
seperti algojoh tanpa
ada belas kasihan
beraksi dengan
segala balatentara.
Kalau berhajat
memotong rantingnya
kau tak akan pernah
menumbangkan pohonnya.
Akar kebenaran
samawi telah melingkar
ke dalam sukma
dan tangan malaikat
menjagai agar takaran
air dan cahaya senantiasa
cukup tiap siang mendatang.
18 April 2014
*ITBM Jun 2015
This collection of poetry is the work of Sabahuddin Senin. All the poems are copyright of the poet. Any publication must get permission from the poet. Most of the poems are written in the Malay language. Sabahuddin Senin is a writer from East Malaysia, Sabah.He studied at the Universiti Sains Malaysia, Penang, NIDA, University New South Wales and the Australian National University, Canberra. He spends most of his time in Malaysia, Australia and Solomon Islands. 13th April, 2011
Thursday, 17 April 2014
Sukma Seorang Khadim (Suasana)
Lama sudah aku belajar tak menaruh dendam
sebagai khadim aku lafazkan kasih-sayang
bukannya mudah berdiam diri ketika dibelasah
sabar dan doa adalah senjata ampuh dan terbilang.
Kalau aku berbahasa sederhana dan mudah
tak bermakna ada isyarat aku membuka jalan
kau melihat itu satu peluang bertukar wajah
dan menghalal perbuatan khianat dan zalim.
Usah menaruh curiga apa lagi berprasangka
tiada lain selain kecantikan dan manisnya Islam
yang terucap dari sukma yang tulus dan sedar
bukankah kita terpanggil hidup berkasih-sayang?
Dapatkah aku membebat persaudaraan ini
apa lagi yang ingin kau ambil dan pinta
kalaulah kau ingin segala yang ada, silakan
asalkan kau tak melarang aku berzikir dan beristighafar.
18 April 2014
sebagai khadim aku lafazkan kasih-sayang
bukannya mudah berdiam diri ketika dibelasah
sabar dan doa adalah senjata ampuh dan terbilang.
Kalau aku berbahasa sederhana dan mudah
tak bermakna ada isyarat aku membuka jalan
kau melihat itu satu peluang bertukar wajah
dan menghalal perbuatan khianat dan zalim.
Usah menaruh curiga apa lagi berprasangka
tiada lain selain kecantikan dan manisnya Islam
yang terucap dari sukma yang tulus dan sedar
bukankah kita terpanggil hidup berkasih-sayang?
Dapatkah aku membebat persaudaraan ini
apa lagi yang ingin kau ambil dan pinta
kalaulah kau ingin segala yang ada, silakan
asalkan kau tak melarang aku berzikir dan beristighafar.
18 April 2014
Langkah Kaki Seorang Ansar*(ITBM)
Tadi langit dalam kemarahan
aku hanya merenungmu tanpa
berkata.
Di lapangan ini bagai gelanggang
terbuka, di langit guntur dan kilat
tindih-menindih melontarkan kekuatan sendiri
bumi seakan terlayah dan pasrah.
Kau masih dapat mendengar gema
gelombang suara ini
sampai ke telingamu sekalipun
mereka berusaha supaya kau diam
dan tak berkata sepatah katapun.
Esok kita masih belum pasti
dan ke mana selepas ini?
Ini bukan medan tumpas-menumpas
dan kalah menang.
Perjalanan kita masih terlalu panjang
anjing-anjing berkeliaran dan menyalak
sampai ke jauh malam.
Tak perlu gembur-menggembur
ribut tofan dan gelombang laut
pasti akan tenang dan lautan
damai dan tenang kembali.
Aku hanya ingin menghadap-Mu
dan berbual dan menangis
gembira dalam sujud dan doa-doa.
Dari masa silam hingga sekarang
Kau mendengar dan menjawab.
Aku adalah seorang Ansar
panggillah diri ini Ansarullah
Ketika ditanya siapa tampil
ke depan datang mengkhidmati-Mu.
Siapa? Akulah Ansarullah itu.
Di lorong-lorong sepi
ketika kau tidur nyaman
dan langit fajar mulai berkembang
langkah kaki dan nazam
bergema memanggil kekasihmu
bangun mengambil wudhu dan salat fajar.
Mengapa kau terlalu keras hati
menghentikan aku dari memanggil-Nya
atau menahan diri ini menyatakan
cinta dan kasih-sayang dalam air
mata doa kudus. Aku adalah seorang
Ansar yang telah siap, menyerahkan
mahkota kebenaran pada taktha-Nya.
*ITBM Jun 2015
aku hanya merenungmu tanpa
berkata.
Di lapangan ini bagai gelanggang
terbuka, di langit guntur dan kilat
tindih-menindih melontarkan kekuatan sendiri
bumi seakan terlayah dan pasrah.
Kau masih dapat mendengar gema
gelombang suara ini
sampai ke telingamu sekalipun
mereka berusaha supaya kau diam
dan tak berkata sepatah katapun.
Esok kita masih belum pasti
dan ke mana selepas ini?
Ini bukan medan tumpas-menumpas
dan kalah menang.
Perjalanan kita masih terlalu panjang
anjing-anjing berkeliaran dan menyalak
sampai ke jauh malam.
Tak perlu gembur-menggembur
ribut tofan dan gelombang laut
pasti akan tenang dan lautan
damai dan tenang kembali.
Aku hanya ingin menghadap-Mu
dan berbual dan menangis
gembira dalam sujud dan doa-doa.
Dari masa silam hingga sekarang
Kau mendengar dan menjawab.
Aku adalah seorang Ansar
panggillah diri ini Ansarullah
Ketika ditanya siapa tampil
ke depan datang mengkhidmati-Mu.
Siapa? Akulah Ansarullah itu.
Di lorong-lorong sepi
ketika kau tidur nyaman
dan langit fajar mulai berkembang
langkah kaki dan nazam
bergema memanggil kekasihmu
bangun mengambil wudhu dan salat fajar.
Mengapa kau terlalu keras hati
menghentikan aku dari memanggil-Nya
atau menahan diri ini menyatakan
cinta dan kasih-sayang dalam air
mata doa kudus. Aku adalah seorang
Ansar yang telah siap, menyerahkan
mahkota kebenaran pada taktha-Nya.
*ITBM Jun 2015
Wednesday, 16 April 2014
Sarawak, Aduhai, Sarawak (Lanskap)
Sarawak, aduhai Sarawak
air sungaimu yang manis pernah
menjanjikan harapan di musim bunga
kata-kata tumbuh dari benih,
langit yang terpilih.
Ke mana perginya impian musafir
pernah bertanya arah jalan ke Kucing,
Desamu di pinggir sungai telah bertukar
wajah, dari pekan ke kotaraya.
Perindu, di satu kota lain, melihat
matari jerebu di sini. Dalam sukmamu,
ada ingatan tak pernah hilang meskipun
telah dicuba beberapa kali memotong
sampai ke tunjang ingatan. Tapi,
semusim kemudian ia tumbuh dan
hidup subur sebagai pohon kenangan
yang tak akan dicederai sampai di hujung
zaman.
Beberapa kali sempadanmu kulangkahi
berperahu di sungai kasih dan memasuki
bandar rayamu. Musafir tak rasa tertuduh kalau
di langitmu, kau melihat dalam mimpi
komet berjatuhan dan sejak itu kau adalah
kekasih telah menjauh ke cakerawala dan
tak pernah dikenang sampai hari ini.
Mitos dan legenda bandar rayamu
tokoh-tokoh perjuangmu dari langit silam
hidup dalam nafas generasi penerus.
Di bandar raya kasih, kau bagai melepaskan
kupu-kupu dari tanganmu.
Langitmu bagai dalam seribu warna-warna
lembut dan menawan.
Di sini, kasih-sayang merangkum
bumimu. Dan pintu-pintumu terbuka dan
tetap ramah mengundang pribumi.
Sebuah bandar raya adalah wajah sejarah
bangsa. Ruhmu tak akan dapat dikalahkan
oleh musuh kejahatan. Tiap bandar raya,
memiliki cerita sendiri, keanekaan itu
adalah Tanah Pelangi, dambaan sepanjang
zaman. Di rumah-rumah panjang sampai ke-
bandar rayamu dan petikan Sape membuai sukma
dan tari gadismu dengan gerak-gerak lembut
Kejora mendatang.
Waktu telah bergerak jauh ke alaf 21
Sarawak, bandar rayamu berdandan
ruhmu hidup sepanjang zaman. Dan setiap
langkah sergap kekasihmu datang
pasti tak akan membohongi dirinya
tentang keindahan dan ketahanan bandar rayamu.
Benar, kau pernah mencintai musafirmu
dan sekarang harapan rembulan penuh
dalam kuntum doa-doa musafir, pada
suatu hari kasih-sayang dan kelembutan
alir sungaimu akan membuktikan
kebenaran tak akan boleh dipinggirkan.
Kemarahan dan dendammu telah lama berubah
terhakis dari tempurung ingatan. Waktu pun telah
tiba menzahirkan Kasih-Sayang yang tulus
perutusan langit samawi turun bagai hujan
mengalir di sungai dan bandar rayamu.
.
air sungaimu yang manis pernah
menjanjikan harapan di musim bunga
kata-kata tumbuh dari benih,
langit yang terpilih.
Ke mana perginya impian musafir
pernah bertanya arah jalan ke Kucing,
Desamu di pinggir sungai telah bertukar
wajah, dari pekan ke kotaraya.
Perindu, di satu kota lain, melihat
matari jerebu di sini. Dalam sukmamu,
ada ingatan tak pernah hilang meskipun
telah dicuba beberapa kali memotong
sampai ke tunjang ingatan. Tapi,
semusim kemudian ia tumbuh dan
hidup subur sebagai pohon kenangan
yang tak akan dicederai sampai di hujung
zaman.
Beberapa kali sempadanmu kulangkahi
berperahu di sungai kasih dan memasuki
bandar rayamu. Musafir tak rasa tertuduh kalau
di langitmu, kau melihat dalam mimpi
komet berjatuhan dan sejak itu kau adalah
kekasih telah menjauh ke cakerawala dan
tak pernah dikenang sampai hari ini.
Mitos dan legenda bandar rayamu
tokoh-tokoh perjuangmu dari langit silam
hidup dalam nafas generasi penerus.
Di bandar raya kasih, kau bagai melepaskan
kupu-kupu dari tanganmu.
Langitmu bagai dalam seribu warna-warna
lembut dan menawan.
Di sini, kasih-sayang merangkum
bumimu. Dan pintu-pintumu terbuka dan
tetap ramah mengundang pribumi.
Sebuah bandar raya adalah wajah sejarah
bangsa. Ruhmu tak akan dapat dikalahkan
oleh musuh kejahatan. Tiap bandar raya,
memiliki cerita sendiri, keanekaan itu
adalah Tanah Pelangi, dambaan sepanjang
zaman. Di rumah-rumah panjang sampai ke-
bandar rayamu dan petikan Sape membuai sukma
dan tari gadismu dengan gerak-gerak lembut
Kejora mendatang.
Waktu telah bergerak jauh ke alaf 21
Sarawak, bandar rayamu berdandan
ruhmu hidup sepanjang zaman. Dan setiap
langkah sergap kekasihmu datang
pasti tak akan membohongi dirinya
tentang keindahan dan ketahanan bandar rayamu.
Benar, kau pernah mencintai musafirmu
dan sekarang harapan rembulan penuh
dalam kuntum doa-doa musafir, pada
suatu hari kasih-sayang dan kelembutan
alir sungaimu akan membuktikan
kebenaran tak akan boleh dipinggirkan.
Kemarahan dan dendammu telah lama berubah
terhakis dari tempurung ingatan. Waktu pun telah
tiba menzahirkan Kasih-Sayang yang tulus
perutusan langit samawi turun bagai hujan
mengalir di sungai dan bandar rayamu.
.
Kau Tak Terpaksa (Suasana)*
Kau tak terpaksa membaca puisi ini
di luar hujan telah lama berhenti
dan peronda malam mulai berkumpul
dan berlumba sampai embun menitis.
Ketika kau tak melihat dan teringat
kau pun resah dan mulai mencari
sampai jauh ke lorong ingatan. Kau
berjaga di hujung hari atau pada
kegelapan malam kalau aku datang
mencarimu. Tapi tiada, kau terasa
dirugikan.
Manisku, ketenteramanmu terganggu
kau terus tak akan meninggalkan aku
sendirian. Fikiranmu serba-salah dan
tak pernah berhenti meluruskan benang
kusut. Sekalipun kau bosan melakukannya.
Berhentilah sejenak dan dilihatlah di laut
bangkai lima ekor penyu tenggelam-timbul
Kelihatannya si keparat itu telah menyiksamu
sebelum isi perutmu dikorek sampai maut.
Arus telah menghanyutkannya melayah ke
pinggiran pantai.
Tak ada dendam khianat apa lagi
menyakitimu dengan tangan dan lidah
Kita bukan pasangan kekasih. Jelas kau
selalu mengekori diri ini sampai ke cakerawala
kau cipta jalan-jalan gelap dan daerah-daerah
larangan dan menampal poster kemarahanmu
di dinding-dinding sukmaku.
16 April 2014
di luar hujan telah lama berhenti
dan peronda malam mulai berkumpul
dan berlumba sampai embun menitis.
Ketika kau tak melihat dan teringat
kau pun resah dan mulai mencari
sampai jauh ke lorong ingatan. Kau
berjaga di hujung hari atau pada
kegelapan malam kalau aku datang
mencarimu. Tapi tiada, kau terasa
dirugikan.
Manisku, ketenteramanmu terganggu
kau terus tak akan meninggalkan aku
sendirian. Fikiranmu serba-salah dan
tak pernah berhenti meluruskan benang
kusut. Sekalipun kau bosan melakukannya.
Berhentilah sejenak dan dilihatlah di laut
bangkai lima ekor penyu tenggelam-timbul
Kelihatannya si keparat itu telah menyiksamu
sebelum isi perutmu dikorek sampai maut.
Arus telah menghanyutkannya melayah ke
pinggiran pantai.
Tak ada dendam khianat apa lagi
menyakitimu dengan tangan dan lidah
Kita bukan pasangan kekasih. Jelas kau
selalu mengekori diri ini sampai ke cakerawala
kau cipta jalan-jalan gelap dan daerah-daerah
larangan dan menampal poster kemarahanmu
di dinding-dinding sukmaku.
16 April 2014
Monday, 14 April 2014
Gak Gak Candawang*
Gak gak Candawang
bukan aku tak menyapamu
atau melupakan wajah rembulan
suaramu indah seperti gema air
mengalir di celah-celah batu.
Sendiri. Kaki melangkah dan
membiarkan dirimu terbawa
hanyut di kotaraya atau di desa
yang legang.
Apa kau katakan itu
adalah artifak di sebuah pulau sepi.
Kata dan kalimatmu seperti
tak tahan melawan gelombang
tepat di saat itu Kau datang.
Unggu warnamu
kerana di situ
ada ketulusan.
Gag gak Candawang
Kau telah tumbuh bagai
pohon nyiur di tanahmu
hujan di pedalaman
air turun ke muara
ada orang membakar hutan
di mana-mana.
Mengapa peduli
pada perosak alam
bumi terbeban ribuan tahun.
Semalam impianmu hancur
denyut bumi bergerak.
Gak gak Candawang
Suara yang kau dengar itu
membuat kau bersalah
lalu terhukum.
Tiada yang lebih hebat
perjuangan dan pengorbanan
sampai ke garis terakhir.
Siapa kamu ingin memadam sejarah
dan menconteng foto-foto silam
sekaligus memotong lidah.
Sebenarnya mereka
dalam kegelapan yang nyata.
Gak gak Candawang
aku mengulang kalimat suci
pengampunan alam sejagat.
Selebihnya itu Kemurahan Allah.
Ya Rabbi, akal budi adalah
senjata yang mampan
bahasa yang memikat
menembusi lapisan sukma.
Tiap kata dan kalimat
adalah kasih-sayang
yang melunakkan seorang kaisar
Siapa berdoa dengan air mata
di pojok malam yang dingin.
Gak gak Candawan
Aku mengirim doa kepada-Mu
dengan lidah lembut
kerana di situ ada harga diri
sekali lagi sukmamu teruji
pengorbananmu.
Siang ini kita berpergian
kau adalah seorang da'i
membawa khabar suka
di daerah-daerah rawan dan sepi.
bukan aku tak menyapamu
atau melupakan wajah rembulan
suaramu indah seperti gema air
mengalir di celah-celah batu.
Sendiri. Kaki melangkah dan
membiarkan dirimu terbawa
hanyut di kotaraya atau di desa
yang legang.
Apa kau katakan itu
adalah artifak di sebuah pulau sepi.
Kata dan kalimatmu seperti
tak tahan melawan gelombang
tepat di saat itu Kau datang.
Unggu warnamu
kerana di situ
ada ketulusan.
Gag gak Candawang
Kau telah tumbuh bagai
pohon nyiur di tanahmu
hujan di pedalaman
air turun ke muara
ada orang membakar hutan
di mana-mana.
Mengapa peduli
pada perosak alam
bumi terbeban ribuan tahun.
Semalam impianmu hancur
denyut bumi bergerak.
Gak gak Candawang
Suara yang kau dengar itu
membuat kau bersalah
lalu terhukum.
Tiada yang lebih hebat
perjuangan dan pengorbanan
sampai ke garis terakhir.
Siapa kamu ingin memadam sejarah
dan menconteng foto-foto silam
sekaligus memotong lidah.
Sebenarnya mereka
dalam kegelapan yang nyata.
Gak gak Candawang
aku mengulang kalimat suci
pengampunan alam sejagat.
Selebihnya itu Kemurahan Allah.
Ya Rabbi, akal budi adalah
senjata yang mampan
bahasa yang memikat
menembusi lapisan sukma.
Tiap kata dan kalimat
adalah kasih-sayang
yang melunakkan seorang kaisar
Siapa berdoa dengan air mata
di pojok malam yang dingin.
Gak gak Candawan
Aku mengirim doa kepada-Mu
dengan lidah lembut
kerana di situ ada harga diri
sekali lagi sukmamu teruji
pengorbananmu.
Siang ini kita berpergian
kau adalah seorang da'i
membawa khabar suka
di daerah-daerah rawan dan sepi.
Saturday, 12 April 2014
Kita Belum Terlambat*(ITBM)
Kau datang tanpa diundang
datangmu bukan sebagai teman yang
jarang-jarang berjumpa
atau seorang malaikat membawa
khabar gembira.
Aku tidak mendengar salam
kau datang menyerbu masuk
sedangkan pintuku yang paling
ramah kau hempas dan bahasamu
bernada tinggi dan keras.
Mengapa kita lupa pada adat dan kesopanan
kau memilih chaos dan lagak gangster
sedangkan sukma dan telinga kami
menunduk menikmati kelazatan
dan santapan rohani.
Siapa yang derhaka memasuki
taman samawi dengan kasut berlumpur
Lihat, kami adalah nasir-nasir Allah,
da'i'illah yang turun di lapangan
bukan dengan senjata yang melukaimu
tapi, menyampaikan salam dan cahaya
ke relung-relung gelap sukmamu.
Bagaimana aku dapat menambat sukmamu
sedangkan matamu kau biarkan dalam kegelapan
dan telingamu telah lama tersumbat.
Aduhai kekasihku, sekalipun mereka
membina tembuk-tembuk menghalangmu
atau mendarahimu kerana ketololan dan
biadap yang telah lama bersarang dalam
sukmanya, jangan aduhai jangan sekali-kali
kau melepaskan kalimahmu,
la ilaha illallah muhammadur rasulullah.
Matarimu, bergerak jauh ke barat
kegelapan telah mencair dan sirna
kau tak usah takut dan gentar
yang tersesat di lembah-lembah raya
Lihatlah, pada langit samawi tak habis-habis
mengirimkan hujan musim semi. Dan perigimu
tak pernah kering. Mulai sekarang, kau bukan
sendiri, baiat telah kau pegang, sukmamu adalah
kembang bunga sejagat, doa-doamu adalah
doa-doa orang mutaki, kau datang dalam satu
karavan, sentuhanmu air dingin yang lembut, indah
mengalir ke dalam sukma. Dan kalimat bicaramu
terasa seperti bayang-bayang malaikat berdiri di-
belakang,
Kau sendiri telah melihat tajalli-Nya.
Bathera telah di pelabuhan
Nahkoda telah siap
kita belum terlambat.
12 April 2014
*ITBM Jun 2015
datangmu bukan sebagai teman yang
jarang-jarang berjumpa
atau seorang malaikat membawa
khabar gembira.
Aku tidak mendengar salam
kau datang menyerbu masuk
sedangkan pintuku yang paling
ramah kau hempas dan bahasamu
bernada tinggi dan keras.
Mengapa kita lupa pada adat dan kesopanan
kau memilih chaos dan lagak gangster
sedangkan sukma dan telinga kami
menunduk menikmati kelazatan
dan santapan rohani.
Siapa yang derhaka memasuki
taman samawi dengan kasut berlumpur
Lihat, kami adalah nasir-nasir Allah,
da'i'illah yang turun di lapangan
bukan dengan senjata yang melukaimu
tapi, menyampaikan salam dan cahaya
ke relung-relung gelap sukmamu.
Bagaimana aku dapat menambat sukmamu
sedangkan matamu kau biarkan dalam kegelapan
dan telingamu telah lama tersumbat.
Aduhai kekasihku, sekalipun mereka
membina tembuk-tembuk menghalangmu
atau mendarahimu kerana ketololan dan
biadap yang telah lama bersarang dalam
sukmanya, jangan aduhai jangan sekali-kali
kau melepaskan kalimahmu,
la ilaha illallah muhammadur rasulullah.
Matarimu, bergerak jauh ke barat
kegelapan telah mencair dan sirna
kau tak usah takut dan gentar
yang tersesat di lembah-lembah raya
Lihatlah, pada langit samawi tak habis-habis
mengirimkan hujan musim semi. Dan perigimu
tak pernah kering. Mulai sekarang, kau bukan
sendiri, baiat telah kau pegang, sukmamu adalah
kembang bunga sejagat, doa-doamu adalah
doa-doa orang mutaki, kau datang dalam satu
karavan, sentuhanmu air dingin yang lembut, indah
mengalir ke dalam sukma. Dan kalimat bicaramu
terasa seperti bayang-bayang malaikat berdiri di-
belakang,
Kau sendiri telah melihat tajalli-Nya.
Bathera telah di pelabuhan
Nahkoda telah siap
kita belum terlambat.
12 April 2014
*ITBM Jun 2015
Subscribe to:
Posts (Atom)