Seperti gunung
memanggilmu
tanpa suara
ia tetap melambaikan
tangannya
terasa kau terangkat
seperti debu
terlambung ke atas
berputar-putar
terlepas dari graviti.
Menghadap ke laut
melihat arus deras
seperti meregut
sukma dan menarikku
ke dalam laut
tanpa perlawanan.
dibawa hanyut
dan terdampar
di pulau pasir
tengah lautan.
Kota Kinabalu
23 Disember 2013
This collection of poetry is the work of Sabahuddin Senin. All the poems are copyright of the poet. Any publication must get permission from the poet. Most of the poems are written in the Malay language. Sabahuddin Senin is a writer from East Malaysia, Sabah.He studied at the Universiti Sains Malaysia, Penang, NIDA, University New South Wales and the Australian National University, Canberra. He spends most of his time in Malaysia, Australia and Solomon Islands. 13th April, 2011
Monday, 23 December 2013
Sunday, 22 December 2013
Tulis, Tulis, Tulis*(Kata)(Metamorposis)
Tulis, tulis, tulis
walaupun hanya sepatah kata
Ketika kata-kata kehilangan
martabat diri lalu seperti
ubat bedil terbakar hanggus
Coretkan pada dinding itu
sekalipun grafiti atau artifak
selagi kata masih bernafas
kau dapat menafsirkan
bunyi huruf hidup dan mati
Kota Kinabalu
23 Disember 2014
walaupun hanya sepatah kata
Ketika kata-kata kehilangan
martabat diri lalu seperti
ubat bedil terbakar hanggus
Coretkan pada dinding itu
sekalipun grafiti atau artifak
selagi kata masih bernafas
kau dapat menafsirkan
bunyi huruf hidup dan mati
Kota Kinabalu
23 Disember 2014
Memburu Mimpi*(Suasana)
Di pinggir malam
kau mengintip kalau isyarat
malam ini akan turun mimpi
kau tak pernah mengira
berapa lama kau tak pernah
dihinggap mimpi walaupun
hanya sekilas.
Mimpi-mimpi telah terbang
berkepak ke cakerawala
lihatlah pada langit malam
kau gundah dan menunggu.
Ketika siang kau bangkit
duduk menyemak dirimu
memandang sarang lebah
yang ditinggal di pojok
Kipas tua itu masih
mengiyang-ngiyang
sendiri.
Kota Kinabalu
21 Disember 2013
kau mengintip kalau isyarat
malam ini akan turun mimpi
kau tak pernah mengira
berapa lama kau tak pernah
dihinggap mimpi walaupun
hanya sekilas.
Mimpi-mimpi telah terbang
berkepak ke cakerawala
lihatlah pada langit malam
kau gundah dan menunggu.
Ketika siang kau bangkit
duduk menyemak dirimu
memandang sarang lebah
yang ditinggal di pojok
Kipas tua itu masih
mengiyang-ngiyang
sendiri.
Kota Kinabalu
21 Disember 2013
Musim Buah Datang Lagi, Mesapol (Mama)
Musim buah datang lagi
adakalanya aku ingin meremas
tanahmu dan bergolek-golek
seperti kucing di atas debu.
Aku telah jauh ke depan
sekalipun langkah ini berat
memandangmu aku harus
menoleh ke belakang arah
selatan.
Kuselak daun pisang dan
mencium bau kenangan
hujan tropik turun bersama
angin petang bagai aku terhukum
Aku telah menebus janji
di ranjang malam igaumu
seperti mengheret mimpi
ke dalam api belerang.
Kota Kinabalu
23 Disember 2013
adakalanya aku ingin meremas
tanahmu dan bergolek-golek
seperti kucing di atas debu.
Aku telah jauh ke depan
sekalipun langkah ini berat
memandangmu aku harus
menoleh ke belakang arah
selatan.
Kuselak daun pisang dan
mencium bau kenangan
hujan tropik turun bersama
angin petang bagai aku terhukum
Aku telah menebus janji
di ranjang malam igaumu
seperti mengheret mimpi
ke dalam api belerang.
Kota Kinabalu
23 Disember 2013
Monday, 16 December 2013
Pelayaran Kata* (Kata)(Metamorposis)
Kau berdiri di pelabuhan
sambil melirik ke samawi
siang telah hanyut
ke riba malam.
Pelayaran kata telah
mengembangkan
layar waktu
terbang di udara
menjadi burung.
Kota Kinabalu
17 Disember 2013
sambil melirik ke samawi
siang telah hanyut
ke riba malam.
Pelayaran kata telah
mengembangkan
layar waktu
terbang di udara
menjadi burung.
Kota Kinabalu
17 Disember 2013
Saturday, 14 December 2013
Kata Dan Lakaran*(ITBM)
Kau melakarkan warna
di kanvas sukmamu
selendangmu menutup langit
lembah Kundasang tersentuh gerimis
bagai gadis mengintip di belakang tabir
ketika Nabalu hadir kau tak ingin lepaskan.
Kata-kata melunsur dari sukma
lalu menjadi gelombang
memulas di laut siangmu.
nafasmu bagai tanah bergerak,
Bahasamu adalah anugerah langit
tak akan sirna dalam geseran waktu.
*ITBM Jun 2015
*Puisi ini dikirimkan untuk antologi pertama Kosas yang dikumpulkan oleh Shirley, Disember 2013
Friday, 13 December 2013
Setitik Pulau Sepi* (Puisi)(Metamorposis)
Kau tak akan terangkat membawa
masa silam ke dalam mimpimu
bagai gunung kukuh dan bertahan
rahsia-rahsiamu larut menjadi tanah.
Ketika langit bertukar musim
kau mencari pulau bersembunyi
di tengah laut samudera dan ribut badai.
Tiap kekasih punya pulau sepi
tak kira pulau itu setitik noktah
terlalu kecil di tengah lautan atau
bersendiri pada gunung kukuh dan bertahan.
**Puisi ini dikirimkan untuk antologi pertama Kosas yang dikumpulkan oleh Shirley, Disember 2013
Subscribe to:
Posts (Atom)