Siang. Di kedai kopi, duduk minum
mengangkat tangan, senyum, salam
dan berlalu. Sekarang, perbualan kedai
ambil masa panjang, sambil minum
bertukar berita. Semua topik dibuka.
Di sini bertemu kawan baru dan lama,
kedai kopi. Gosip, jual kereta, tanah,
tentang PRU. Mata berkaca melihat
ke jalan depan. Kedai di kotaraya.
Konon, pernah lahir pemimpin dan
jadi menteri dan sekarang pencen.
Bukankah di sini cepat naik mimbar.
Kerana orang pribumi minum di sini,
ada kad pengenalan biru.
Di kedai kopi tahun 2013, ada seorang
lelaki belum menjangkau 50 tahun,
duduk sendiri, minum kopi, melihat
ke utara, Sampang Mengayau dan
Pulau Banggi. Pacu kudamu pacu,
ke dalam kabut dan ribut malam.
Dulu kata-katanya adalah rembulan,
kunang-kunang di waktu malam,
Impian dalam ribuan tahun. Tapi
sekarang, ia hampir pada keputusan
mungkin tak ada jalan untuk kembali.
Kata-katanya akan jadi orang-orangan
di sepanjang jalan menghalau burung
sepanjang hari. Ia bingung sendiri sambil
minum sisa kopi hitam dalam cawan.
Kota Kinabalu
4 Januari 2013
*PRU, Pilihan Raya Umum (Malaysia), Kad pengenalan biru, menunjukkan penduduk pribumi, penduduk Malaysia, boleh mengundi. Sampang Mengayau, Utara Negeri Sabah, Malaysia.
**Telah terbit dalam Antologi "Secangkir Kopi" 2013, Kurator Fikar W. Eda dan Salman Yoga S., penerbit The Gayo Institute.
This collection of poetry is the work of Sabahuddin Senin. All the poems are copyright of the poet. Any publication must get permission from the poet. Most of the poems are written in the Malay language. Sabahuddin Senin is a writer from East Malaysia, Sabah.He studied at the Universiti Sains Malaysia, Penang, NIDA, University New South Wales and the Australian National University, Canberra. He spends most of his time in Malaysia, Australia and Solomon Islands. 13th April, 2011
Friday, 4 January 2013
Thursday, 3 January 2013
Batu 32, Sandakan KK (Malaysia)
Suatu tarikh, musim tengkujuh, Batu 32,
tahun 1987, bulan dan hari terlepas dari ingatan
persimpangan jalan, semua jalan tertutup
bus, lori, kereta, semuanya himpit-menghimpit
hujan lebat kemudian berhenti turun rintik-rintik
Pegawai polis dan beberapa orang polis lain
mundar-mandir melihat ke dalam kenderaan
meminta kertas keterangan dan menyoal
pada tiap berhenti, tak terlalu lama. Di simpang
ini bertemu semua kenderaan yang berat dan
biasa, dari Tawau ke Sandakan atau Sandakan
ke Kota Kinabalu, pulang-balik. Nampak semua
kenderaan tak mundur dan tak maju, semua
serba salah. Semua orang jadi lekas marah.
Tapi di depan polis, tiap orang jadi tertib.
Surat keterangan dan pass jalan dikeluarkan.
Kalau pribumi mesti mempunyai kad pengenalan.
Rutin begini di sini memang telah biasa,
bukan perkara baru. Orang tak banyak cakap.
Tiap soalan didengar baik dan dijawab. Orang
Sabah telah biasa dengan polis pemeriksaan.
Penjaja pun sibuk, masuk keluar ke dalam
bus, menjual keropok dan buahan tempatan.
Batu 32, persimpangan angan-angan pendatang
terpuruk. Harapan terpulas, impian bagai
gelas jatuh terhempas di atas lantai batu. Hari
itu, seorang lelaki duduk di perut bus. Polis
pemeriksa datang menghampirinya lalu berkata,
"Keluarkan, pass kerja."
"Kamu orang sini?
"Ya, saya orang sini."
Terasa langit terperah. Ada yang berlari-lari
cepat ke restoran. Ada pula tergesa-gesa
masuk ke dalam tandas.
"Siapa namamu?"
"Agus."
Pemuda Troja menjawab pegawai Polis itu cepat.
Langit jadi saksi, hujan mulai lebat. Orang jadi panik.
"Tolong, spell."
Senyap.
Kota Kinabalu
4 Januari 2013
*Dikirimkan ke akhbar mingguan Warta Perdana, 16 January, 2013
*Dikirimkan kepada Badan Bahasa Sabah Cawangan Sandakan untuk diterbitkan antologi puisi pada 6 Februari 2013.

Wednesday, 2 January 2013
Melangkahi Sempadan*(ALBDSM)
*Melangkahi sempadan
Dari kecil aku selalu bertanya
apa ada di sebalik bukit atau
memandang ke laut lepas
melihat horizon teka-teki.
Ketika kau berucap di mimbar
aku merenung kata-katamu
kau bercerita sepanjang malam
tanpa memotong perbualan ini
hingga kau berhenti sedar sendiri.
Aku melihat orang senang
menghukum dan berkeluh,
menebas hutan memacak
tiang dan bermukim di situ
lalu berkampung memanggil
orang mengangkat diri jadi
apa ada di sebalik bukit atau
memandang ke laut lepas
melihat horizon teka-teki.
Ketika kau berucap di mimbar
aku merenung kata-katamu
kau bercerita sepanjang malam
tanpa memotong perbualan ini
hingga kau berhenti sedar sendiri.
Aku melihat orang senang
menghukum dan berkeluh,
menebas hutan memacak
tiang dan bermukim di situ
lalu berkampung memanggil
orang mengangkat diri jadi
wakil.
Esok, ia melantik dirinya
ketua kampung dan mulai
mengambil bayaran air,
lestrik dan tapak rumah.
Sekarang datang musim
menabur kasih bermuka manis
dan mengalir air mata buaya
berunding sesama mencari
melantik seorang ketua.
Benarkah seorang calon PRU
tak perlu ke sekolah tinggi atau ke
universiti, cukup duduk di kedai-
kedai kopi dan menjadi pembual
yang rajin? Biodatanya, bekas
kontrakter, brooker tanah dan
pembual dan bergadang.
Aku telah melihat di sebalik bukit
dan melangkahi sempadan. Ketika
aku melihat ada orang di kaki bukit
menuju arah sini, aku memanggilnya
lalu ia pun melangkahi sempadan.
Kota Kinabalu
3 Januari 2013
ketua kampung dan mulai
mengambil bayaran air,
lestrik dan tapak rumah.
Sekarang datang musim
menabur kasih bermuka manis
dan mengalir air mata buaya
berunding sesama mencari
melantik seorang ketua.
Benarkah seorang calon PRU
tak perlu ke sekolah tinggi atau ke
universiti, cukup duduk di kedai-
kedai kopi dan menjadi pembual
yang rajin? Biodatanya, bekas
kontrakter, brooker tanah dan
pembual dan bergadang.
Aku telah melihat di sebalik bukit
dan melangkahi sempadan. Ketika
aku melihat ada orang di kaki bukit
menuju arah sini, aku memanggilnya
lalu ia pun melangkahi sempadan.
Kota Kinabalu
3 Januari 2013
*Antologi Puisi, 'Lirik Bulan Di Sukma Malam', Sabahuddin Senin dan Kamaria Buang, Borneo Top Publishing House, 2013
Tikus*(ALBDSM)
Semalam aku melihat ia di depan pintu,
di tingkat tiga, sedang mengunyah sisa
makan yang terbuang. Setelah itu aku tak
melihatnya sampai petang tadi sebelum
maghrib. Di situ ia terbaring tenang dan
nafasnya mulai kendur. Kekawanan semut
mulai datang dari dinding dan lantai semen.
Sesekali ia bergerak. Sebenarnya, ia belum
mati. Hewan lapar, mati sendiri. Manusia
mati sendiri. Flora fauna bisa mati kelaparan.
Penghuni alam sejagat pun akan mati.
Akhir dari kelaparan itu adalah kematian.
Kematian itu akhir dari kehidupan. Dan
hidup dan mati, dalam kekuasaan waktu
yang tertakluk atas sebab-musabat. Di
atas lantai semen ini, seekor tikus akan
mengakhiri hidupnya. Bukan tikus yang
ingin kubicarakan tapi hidup itu sendiri.
Hewan, flora fauna, manusia, atom
dan kuman, semuanya terkandung dalam
waktu yang berakhir dengan kiamat. Ber-
nafas, berdegup itu, tanda dari kehidupan.
Dan ketika tikus itu mati, kehidupan pun
noktah. Dalam sesaat kehidupan terlepas.
Kota Kinabalu
2 Januari, 2013

*ITBM (Bahagian II)
Ya Rabbi, Aku Datang Kepada-Mu*(ALBDSM)
Ya Rabbi, aku datang meminta kepadamu
kerana yang lain tidak ada satu kekuasaan
selain-Mu. Yang lain itu, hanya bikinan
dan tak abadi.
Ya Rabbi ketika aku lapar dan dahaga
aku datang kepadamu, memohon
sekalipun pada mereka, itu
adalah waktu tidur yang baik.
Ya Rabbi, di penjuru pintu itu ada
kasut telah haus, kupakai ke sana
ke mari seperti teman di lembah
kemarau dan sunyi. Saat aku ingin
mendapat yang baru, aku datang pada-Mu.
Ya Rabbi, jauh di tanah asing dan
jadi orang asing. Saat mereka
melihat aku, mereka buas dan kasar
Dalam rasa sakit dan kepedihan

aku pun datang pada-Mu, kupinta kekuatan
dan perlindungan.
Ya Rabbi, dalam pertarungan
dalam sukmaku, begitu hebat aku
hampir kecundang lalu nama-Mu
kupanggil.
Ya Rabbi, sedang aku dipukul gelombang
dan ribut tofan, aku tak bermaya,
terumban-ambing di tengah samudera
lalu aku tunduk dan berdoa langsung
kepada-Mu.
Ya Rabbi, ada waktunya aku terkepung
tak ada jalan keluar, seakan habis ikthiar
dan hampir patah semangat maju
Harapan menipis, kemudian ada tangan
memberi jalan lalu .
Ya Rabbi, Kau mendengar doa-doa
dan membalasnya. Kalau tidak, mudah
aku terjerumus jadi anak berdosa
dan derhaka.
Ya Rabbi, aku tak pernah dan tak akan
puas bercakap-cakap dengan-Mu. Walaupun
musuh terus menggeroyok, mendera dan
menzalimi diri, aku tak akan berpaling-
tadah. Tak akan berpaling tanda.
Ya Rabbi, aku tenggelam dalam

kejuitaan firman-Mu.
Tanpa saksi kekasih-Mu,
Tanpa saksi kekasih-Mu,
Muhammad Rasulullah,
aku api yang membakar diriku.
Ya Rabbi, bila aku nyatakan cinta pada-Mu
dan berpegang pada tali-Mu, bukakan pintu
itu padaku.
Ya Rabbi, dalam sukma ini
aku api yang membakar diriku.
Ya Rabbi, bila aku nyatakan cinta pada-Mu
dan berpegang pada tali-Mu, bukakan pintu
itu padaku.
Ya Rabbi, dalam sukma ini
ditanam dari benih-Mu terpilih
tumbuh menjadi serambi darah
ke seluruh tubuh ini. Sekiranya,
tumbuh menjadi serambi darah
ke seluruh tubuh ini. Sekiranya,
yang datang itu adalah algojo,
lalu menghukum dan memotong
tangan dan kaki, silakan,
tangan dan kaki, silakan,
tapi kau tak akan dapat
menetak akar tunjang yang
menetak akar tunjang yang
mencekam di tanah sukmaku.
Ya Rabbi, berenanglah dari setitik noftah
bersenyawa di dalam kandungan yang dipelihara
dan dilindungi-Mu. Ia adalah doa-doa yang turun
dari langit samawi. Dan jadilah kau anak wakaf
yang dijanjikan dan dipersembahkan kepada-Mu.
Kota Kinabalu
2 Januari, 2013
Ya Rabbi, berenanglah dari setitik noftah
bersenyawa di dalam kandungan yang dipelihara
dan dilindungi-Mu. Ia adalah doa-doa yang turun
dari langit samawi. Dan jadilah kau anak wakaf
yang dijanjikan dan dipersembahkan kepada-Mu.
Kota Kinabalu
2 Januari, 2013
*Antologi Puisi, 'Lirik Bulan Di Sukma Malam', Sabahuddin Senin dan Kamaria Buang, Borneo Top Publishing House, 2013
*Dikirimkan untuk siarkan Majalah Wadah, 14 Januari, 2013
Tuesday, 1 January 2013
Ma, Aku Pulang*(ALBDSM)(Wadah)(Terbit)
Ma, aku pulang. mentari masih
tinggi sedikit
lihatlah aku masih bisa berdiri segak
gempal dan masih berkumis dan berjanggut
hanya perut gendut sedikit seperti pak Dogol.
Ma, aku anak pernah kau bawa ke sana ke mari
ketika ada kejahatan dan guntur dan petir
kau kandung aku dalam kainmu dan
merelakan tubuhmu dibelasah dan disakiti.

Ma, Allah telah menurunkan
tangan-Nya
dan menghadiahkanmu di rumah ini
aku ingin mendengarmu tentang
dan menghadiahkanmu di rumah ini
aku ingin mendengarmu tentang
pemuda Karuhai, anak yang taat
itu.
Ma, aku mulai melihatmu jalan berbongkok
gigimu jarang tapi masakanmu selalu
membuka selera musafir, anak yang pulang
dan menanggalkan kasut ini sebentar.
Ma, mari kita adun mimpi bersama, jalan ke
anak bukit dan pohon getah, paya dan
pohon bambangan. Pohon bambu masih
mengirim rindu pada desir angin yang lewat.
Ma, mereka bilang kau warga emas
memang kau nilam gemala di sukma
sekalipun wajahmu terkandung usia
tapi hitam dahimu kerana lama bersujud.
Ma, aku menulis puisi. Ada huruf dan kata-kata
bersayap terbang jauh sampai ke alam kasyaf
ada Gazel, pandai menari, menerjang udara
dan ada sepasang kasut yang taat.
Ma, dari dulu kau pendengar yang baik
tapi ngomelmu selalu menjadikan aku
Karuhai yang kecil. Kerana telah ada,
akan kubawa kau ke tanah kebaikan.
Ma, lama kita tak melihat rumah lama
di daerah selatan. Barangkali tiangnya
digenangi air, atapnya telah bocor dan
dindingnya dimakan anai-anai.
Ma, ketika banjir turun sungai Mesapol
melimpah sampai jauh ke paya dan
desa di kampung lama. Bagaimana
nasib saudaraku di PantaiTimur?
Ma, aku telah pulang disampingmu
ini anakmu dulu, cuma aku
pulang bukan sebagai si tenggang
yang ada sekujur tubuh dan sukma.
Ma, kekuatan dan pengorbanan
telah menyatu dalam ketulusan dan
nizam. Dan di tanahmu telah disiapkan
pelabuhan, aku membawamu ke bintang kejora.
Kota Kinabalu
2 Januari 2013

*Diteribitkan oleh Majalah Wadah, DBP Sabah, March 2013
* Dikirim kepada Antologi Puisi Kembara Gapena terbuka kepada semua.
Ayuh, Manisku, 2013*(ALBDSM)
Mimpiku rembulan penuh
semalam pesta kembang api
telah genap 2012.
Ya Rabbi, Engkau yang telah mengenapi
impian ini. Bagaimana aku bisa menjauh
atau berdiam diri dalam kamar lokap gelap.
Aku berdiri di halaman rumah
menghadang ke mentari 2013, lembut dan
nyaman sapaannya.
Sambil menyedut udara
aku memandang langit biru
tenang dan berkirim salam.
Tadi telah kubuka semua jendela
dan menyapu debu-debu yang terpergok
di penjuru atau di bawah ranjang tidur.
Kau telah mengirimkan yang kucintai
dan menjawab semua harapan
aku telah memakai kasut
di tanah keras aku melangkah.
Ayuh, Gazelku, kau telah melompat
lebih dulu di udara dan berlari lincah
di depan.
Kata-kata telah mengembangkan sayapnya
dan membawaku terbang dalam
kasyaf, ayuh manisku.
Kota Kinabalu
2 Januari 2013
*Antologi Puisi, 'Lirik Bulan Di Sukma Malam', Sabahuddin Senin dan Kamaria Buang, Borneo Top Publishing House, 2013
*Dikirimkan ke Majalah Wadah, DBP Sabah, 14 January, 2013.

Subscribe to:
Posts (Atom)