This collection of poetry is the work of Sabahuddin Senin. All the poems are copyright of the poet. Any publication must get permission from the poet. Most of the poems are written in the Malay language. Sabahuddin Senin is a writer from East Malaysia, Sabah.He studied at the Universiti Sains Malaysia, Penang, NIDA, University New South Wales and the Australian National University, Canberra. He spends most of his time in Malaysia, Australia and Solomon Islands. 13th April, 2011
Friday, 5 October 2012
Mesapol, Warnamu Bertukar (Mama)
Mesapol,
warnamu sedikit bertukar
hutanmu adalah
khutub khanah, tidak terlalu besar
sederhana dari keluasan mata
memandang.
Apalah erti sebuah bukit yang terhakis
ketika hujan turun terbawa air sedikit
demi sedikit, khazanah
masa silam, menjadi lumpur yang
bertekong esok.
Namamu selalu dipanggil
sungaimu adalah urut-urat nadi
hutanmu itu adalah sukma
langit dan lautmu, memori hidup
udaramu penyambung masa
lalu dan esok.
Patutkah kau melupakan
adat dan tradisi
menjadi barang silam
yang terbiar dan luntur?
Lalu datang
musim perasmian
kita pun
berdandan,
berhias dan berpakaian
warna-warni, anyaman polyester.
Seharusnya ia hidup
dalam sukmamu
mengalir dari satu generasi
ke generasi lain.
Budayamu bukan tempelan,
atau masukan acara
tanpa menjiwai.
Apa ada dalam rumahmu?
Kosong tanpa seni kraf tradisi
yang bernilai tinggi!
Didik citarasamu,
mengapa perabutmu
barangan murahan
di pasar filipina,
atau bunga plastik jualan
di pasar borong?
Aku suka caramu
membuat kelupis,
apa lagi kuih Jelurut.
Mesapol,
ketika bertamu,
makan berulam dan
sayur lemak nangka
dari hutanmu.
Honiara
6 Oktober 2012
*AP Volume 1, 2013
Aku Masih Berdiri (Malaysia)
Jalan yang kulalui beberapa musim
dulu, tumbuh semak dan belukar
dijalan pulang aku berdiri bingung
mencari
jalan lama.
Kulihat pokok getah masih
menitiskan susu. Penoreh masih
rajin turun.
Bagaimana aku bisa tersesat
di hutan sendiri?
Dari jauh terdengar, batuk
penoreh di jalan pulang.
Aku masih berdiri
sedang gemerisik
langkah penoreh telah menjauh.
Aku sendiri lagi. Entah telah
berapa musim aku berdiri di sini.
Kini terasa aku seperti pokok getah,
urat-urat yang menjalar
ke telapak tangan
masih pula menitiskan susu.
Honiara
6 Oktober 2012
*AP Volume 1, 2013
dulu, tumbuh semak dan belukar
dijalan pulang aku berdiri bingung
mencari
jalan lama.
Kulihat pokok getah masih
menitiskan susu. Penoreh masih
rajin turun.
Bagaimana aku bisa tersesat
di hutan sendiri?
Dari jauh terdengar, batuk
penoreh di jalan pulang.
Aku masih berdiri
sedang gemerisik
langkah penoreh telah menjauh.
Aku sendiri lagi. Entah telah
berapa musim aku berdiri di sini.
Kini terasa aku seperti pokok getah,
urat-urat yang menjalar
ke telapak tangan
masih pula menitiskan susu.
Honiara
6 Oktober 2012
*AP Volume 1, 2013
Thursday, 4 October 2012
Naratif Doa Orang Kecil*(ASP)
Dari kecil aku tak pernah melawan
kerana aku kecil sekalipun citarasa
mengalir, menjangkau bintang kejora.
Aku cuba nafsir alam menurut
kemampuan. Dari kata-kata terucap
dicuba sebaik jujur, walaupun aku
sebenarnya orang kecil ada keinginan
seperti orang lain. Ada selera seperti
sultan. Tapi aku masih orang kecil
tak akan melawan apa lagi berkata
kasar, bukan budaya dan tradisi.
Jadi, dalam doa-doa yang terucap
aku mohon punya tanah berkebun
sayur di belakang rumah. Punya
rumah sendiri, tidaklah pula seperti
rumah boss yang bertingkat-tingkat
dan bertembok tinggi keliling rumah.
Kalau orang besar dapat projek besar,
aku pandai pula iri ingin projek cepat
diluluskan seperti jiran sebelah rumah
selalu dapat projek dan terbang ke
sana sini. Sebenarnya, aku tak berniat
mencaci maki, kerana aku sedar,
sebagai orang kecil cukup dapat
tempat di lorong kota berjualan
nasi lemak sebelum jam 8 pagi
balik ke rumah. Biarlah mereka
punya isteri muda, dan kahwin
satu, dua, tiga dan empat, aku tak
cemburu, kerana aku sedar siapa
aku. Aku anak orang kecil, besar
pun masih orang kecil. Dari kecil
aku suka pada keramaian. Keramaian
di kampung dan keramaian di kota.
Keramaian masa raya. Aku suka
berbelanja seperti orang lain. Tak
salah bukan, berbelanja, semua orang
suka. Apa lagi shooping, tengok-tengok.
Aku tak juga terlalu miskin, tak
sampai meminta-minta di pinggir
jalan. Kerana aku pribumi, spesial!
Kalau aku jadi peminta-minta, bukan
kerana aku malas. Kerajaan menggelakkan
orang kecil cam aku minta projek.
Jadi, kalau aku jadi peminta-minta
dengan kerajaan, aku tak malu seperti
lain orang bimbit beg minta sokongan
orang besar. Aku pun ikut seperti
mereka, kaki projek. Kerana aku
orang kecil, tak boleh tamak. Makan biar
sama rata kerana kita semua orang
pribumi. Dari dulu, aku bukan orang
politik. Orang kecil menurut, tak
melawan, tapi kami boleh berfikir
seperti Pelanduk. Kerana pelanduk
pun badan kecil, jadi, orang kecil
seperti aku. Tiap hari aku naik bus,
aku tak rasa iri kalau orang kampung
aku dah beli kereta besar, rumah besar
dan berniaga kerana itu kemajuan.
Tabik kepada mereka. Yang maju,
aku bersyukur ada juga orang kita
dalam perniagaan. Sebenarnya aku
tak memandai-mandai, pantang,
orang kecil mesti menjaga maruah
diri. Sekalipun aku orang kecil
aku selalu menasihatkan anak aku
menjaga maruah diri, tradisi bercakap
benar itu pegangan agama. Kalau
mereka mau berbohong untuk dapatkan
sesuatu, itu urusan mereka. Sekalipun
aku orang kecil aku tak pandai
berbohong. Kalau orang kecil
berjanji, selalu betul, selalu ditepati.
Maaf, aku orang kecil tak pandai
berkata-kata, tapi kalau pintu terbuka,
ada peluang berkata-kata, orang kecil
tak akan berhenti bicara. Hampir
aku terlupa, yang paling nombor satu
dalam fikiran aku ialah Pelajaran,
Education dalam bahasa orang putih.
Aku tak boleh terima kebodohan aku,
apa lagi orang pribumi terbelakang dalam pelajaran.
Akulah manusia yang paling iri,
kalau melihat orang pribumi tolol,
percaya tahyul, takut hantu. Syukur,
sekarang sekolah-sekolah kerajaan
banyak didirikan sampai di perladangan
sawit dan desa pedalaman. Pendatang pun
meraih kebaikan, alhamdulillah. Anak-anak
pelarian patut disekolahkan. Namanya
warga manusia sejagat, pelajaran hak
semua bangsa, impian sejagat.
Aku suka sekolah asrama kerana
di sana makan sihat, tidur atas katil dan lampu letrik.
Ya, Allah, aku berdoa seperti orang lain
aku tak minta lebih dari kemampuan
aku, orang kecil. Jadikan aku
dan keturunan aku cintakan ilmu,
tak suka melawan, sekali melawan, gempa..
tak suka bercakap kasar, memaki hamun.
Orang kecil berbudaya dan berbahasa.
Aku orang kecil, orang pribumi,
aku punya cita rasa seperti kamu
yang duduk di sana. Tanpa doa-doa
orang kecil dan kebaikannya kamu
tak mungkin dikenal apa lagi penting.
Honiara
5 Oktober 2012
*Antologi Suara Penyair, Sabahuddin Senin dan Awang Karim Kadir, 2012
kerana aku kecil sekalipun citarasa
mengalir, menjangkau bintang kejora.
Aku cuba nafsir alam menurut
kemampuan. Dari kata-kata terucap
dicuba sebaik jujur, walaupun aku
sebenarnya orang kecil ada keinginan
seperti orang lain. Ada selera seperti
sultan. Tapi aku masih orang kecil
tak akan melawan apa lagi berkata
kasar, bukan budaya dan tradisi.
Jadi, dalam doa-doa yang terucap
aku mohon punya tanah berkebun
sayur di belakang rumah. Punya
rumah sendiri, tidaklah pula seperti
rumah boss yang bertingkat-tingkat
dan bertembok tinggi keliling rumah.
Kalau orang besar dapat projek besar,
aku pandai pula iri ingin projek cepat
diluluskan seperti jiran sebelah rumah
selalu dapat projek dan terbang ke
sana sini. Sebenarnya, aku tak berniat
mencaci maki, kerana aku sedar,
sebagai orang kecil cukup dapat
tempat di lorong kota berjualan
nasi lemak sebelum jam 8 pagi
balik ke rumah. Biarlah mereka
punya isteri muda, dan kahwin
satu, dua, tiga dan empat, aku tak
cemburu, kerana aku sedar siapa
aku. Aku anak orang kecil, besar
pun masih orang kecil. Dari kecil
aku suka pada keramaian. Keramaian
di kampung dan keramaian di kota.
Keramaian masa raya. Aku suka
berbelanja seperti orang lain. Tak
salah bukan, berbelanja, semua orang
suka. Apa lagi shooping, tengok-tengok.
Aku tak juga terlalu miskin, tak
sampai meminta-minta di pinggir
jalan. Kerana aku pribumi, spesial!
Kalau aku jadi peminta-minta, bukan
kerana aku malas. Kerajaan menggelakkan
orang kecil cam aku minta projek.
Jadi, kalau aku jadi peminta-minta
dengan kerajaan, aku tak malu seperti
lain orang bimbit beg minta sokongan
orang besar. Aku pun ikut seperti
mereka, kaki projek. Kerana aku
orang kecil, tak boleh tamak. Makan biar
sama rata kerana kita semua orang
pribumi. Dari dulu, aku bukan orang
politik. Orang kecil menurut, tak
melawan, tapi kami boleh berfikir
seperti Pelanduk. Kerana pelanduk
pun badan kecil, jadi, orang kecil
seperti aku. Tiap hari aku naik bus,
aku tak rasa iri kalau orang kampung
aku dah beli kereta besar, rumah besar
dan berniaga kerana itu kemajuan.
Tabik kepada mereka. Yang maju,
aku bersyukur ada juga orang kita
dalam perniagaan. Sebenarnya aku
tak memandai-mandai, pantang,
orang kecil mesti menjaga maruah
diri. Sekalipun aku orang kecil
aku selalu menasihatkan anak aku
menjaga maruah diri, tradisi bercakap
benar itu pegangan agama. Kalau
mereka mau berbohong untuk dapatkan
sesuatu, itu urusan mereka. Sekalipun
aku orang kecil aku tak pandai
berbohong. Kalau orang kecil
berjanji, selalu betul, selalu ditepati.
Maaf, aku orang kecil tak pandai
berkata-kata, tapi kalau pintu terbuka,
ada peluang berkata-kata, orang kecil
tak akan berhenti bicara. Hampir
aku terlupa, yang paling nombor satu
dalam fikiran aku ialah Pelajaran,
Education dalam bahasa orang putih.
Aku tak boleh terima kebodohan aku,
apa lagi orang pribumi terbelakang dalam pelajaran.
Akulah manusia yang paling iri,
kalau melihat orang pribumi tolol,
percaya tahyul, takut hantu. Syukur,
sekarang sekolah-sekolah kerajaan
banyak didirikan sampai di perladangan
sawit dan desa pedalaman. Pendatang pun
meraih kebaikan, alhamdulillah. Anak-anak
pelarian patut disekolahkan. Namanya
warga manusia sejagat, pelajaran hak
semua bangsa, impian sejagat.
Aku suka sekolah asrama kerana
di sana makan sihat, tidur atas katil dan lampu letrik.
Ya, Allah, aku berdoa seperti orang lain
aku tak minta lebih dari kemampuan
aku, orang kecil. Jadikan aku
dan keturunan aku cintakan ilmu,
tak suka melawan, sekali melawan, gempa..
tak suka bercakap kasar, memaki hamun.
Orang kecil berbudaya dan berbahasa.
Aku orang kecil, orang pribumi,
aku punya cita rasa seperti kamu
yang duduk di sana. Tanpa doa-doa
orang kecil dan kebaikannya kamu
tak mungkin dikenal apa lagi penting.
Honiara
5 Oktober 2012
*Antologi Suara Penyair, Sabahuddin Senin dan Awang Karim Kadir, 2012
Harimau, Sang Belang Memberi Pendapat.*(ASP)
Kapal terbang telah meluncur jauh
ke langit biru. Tadi bumi dipijak
menjadi hamparan dataran luas
Australia mengendur ke belakang.
Malam pun berlabuh di bola mata,
bagai diri terhumban ke angkasa
raya, melayang-layang ke bulan,
bergayutan ke bintang-bintang dan
dan kata-kata dan kalimat terbang
bersayap memital planet imajinasi.
"Tenang tuan-tuan/puan-puan
penghuni rahmat turun-temurun
hutan jati di negeri makmur, lembah
hijau, bergunung-ganang, terkenal
di seluruh rantau, Nusantara. Aku
bangga kerana aku lahir di sini,
dan dibesarkan di sini, hidup dalam
tradisi dan adat. Setiap ekar tanah
adalah hasil perjuangan tokoh-tokoh
bangsa yang selalu menjadi sumber
inspirasi kepada penghuni hutan jati.
Aku memanggil kamu semua, kerana
aku ingin kata-kataku dapat dimengerti
mudah. Aku, Harimau, Sang Belang,
dikenal perkasa di seluruh pelosok
ini. Ngaumku telah menggegarkan
bumi hutan jati. Tiada lebih perkasa
selain aku, Sang Belang. Lihatlah
pokok-pokok kayu, dahan-dahannya,
wajahku tersangkut, gagah perkasa.
Tiap sudut disemburkan bau aku,
Harimau, Sang belang. Tidak ada
ruang, jalan merentas kau tidak
melihat diriku. Ada Seladang di sini,
tak sehebat aku, ada buaya di sungai,
tak selincah diriku, monyet, kelakuannya
bodoh. Ular Sawa, tak boleh dipercayai.
Siapa yang lebih berhak menjadi Raja
rimba hutan jati, kalau bukan, Aku. "Dari
pokok kayu tinggi burung nuri, burung
tukang, burung serindit, burung rajawali,
burung merak bersuara dalam chorus,
"Sang Kancil." Riuh rendah, hutan jati.
"Apa maksudmu?" Harimau, Sang Belang,
tak senang, kerana nama "Sang Kancil"
disebut-sebut. "Kamu semua, diam,"
Harimau, Sang Belang merasa tercabar.
"Sang Kancil, bijak, ia layak dicalonkan
menjadi Raja rimba hutan jati." Seru
semua yang hadir."Diam, menjadi Raja
Rimba bukan bijak, berakal syaratnya."
Harimau, Sang Belang berakal-akal.
"Kamu semua, Sang Kancil, bukan pilihan
terbaik. Siapa di sini tak pernah tertipu
oleh Sang Kancil. Kami yang dah tertipu
berkali-kali tak akan membiarkan Sang
Kancil diberi peluang walaupun sekali.
Lagi pun Buaya, Ular Sawa, dan aku
dah lama mendendamkan daging
manis Sang Kancil. Jadi, Raja Rimba
tak perlu bijak, berakal, tapi, yang
mesti ditakuti, perkasa, kata-katanya
menggegarkan rimba jati. "Tapi, Sang
Kancil tak makan bangkai, kentutnya tak
bau.""Diam. Aku Harimau, Sang Belang,
tak suka kamu bercakap kurang sopan."
Pendek cerita, Akulah. Raja Rimba.,
Maaf, calon Raja Rimba, Setuju?!"
Sekarang telah ditutup penanaman
calon. Hanya ada satu calon. Sekarang
diumumkan, Menang Tanpa Bertanding."
Terdengar suara mulai seperti berbisik
dan kemudian suara itu semakin jelas
dan menemukan sukmaku kembali.
Tenang. Tenang. Damailah. Sebentar
lagi kita akan mendarat ke lapangan Terbang
Antara Bangsa Kota Kinabalu, Sabah.
Honaira
5 Oktober 2012
*Antologi Suara Penyair, 2012
ke langit biru. Tadi bumi dipijak
menjadi hamparan dataran luas
Australia mengendur ke belakang.
Malam pun berlabuh di bola mata,
bagai diri terhumban ke angkasa
raya, melayang-layang ke bulan,
bergayutan ke bintang-bintang dan
dan kata-kata dan kalimat terbang
bersayap memital planet imajinasi.
"Tenang tuan-tuan/puan-puan
penghuni rahmat turun-temurun
hutan jati di negeri makmur, lembah
hijau, bergunung-ganang, terkenal
di seluruh rantau, Nusantara. Aku
bangga kerana aku lahir di sini,
dan dibesarkan di sini, hidup dalam
tradisi dan adat. Setiap ekar tanah
adalah hasil perjuangan tokoh-tokoh
bangsa yang selalu menjadi sumber
inspirasi kepada penghuni hutan jati.
Aku memanggil kamu semua, kerana
aku ingin kata-kataku dapat dimengerti
mudah. Aku, Harimau, Sang Belang,
dikenal perkasa di seluruh pelosok
ini. Ngaumku telah menggegarkan
bumi hutan jati. Tiada lebih perkasa
selain aku, Sang Belang. Lihatlah
pokok-pokok kayu, dahan-dahannya,
wajahku tersangkut, gagah perkasa.
Tiap sudut disemburkan bau aku,
Harimau, Sang belang. Tidak ada
ruang, jalan merentas kau tidak
melihat diriku. Ada Seladang di sini,
tak sehebat aku, ada buaya di sungai,
tak selincah diriku, monyet, kelakuannya
bodoh. Ular Sawa, tak boleh dipercayai.
Siapa yang lebih berhak menjadi Raja
rimba hutan jati, kalau bukan, Aku. "Dari
pokok kayu tinggi burung nuri, burung
tukang, burung serindit, burung rajawali,
burung merak bersuara dalam chorus,
"Sang Kancil." Riuh rendah, hutan jati.
"Apa maksudmu?" Harimau, Sang Belang,
tak senang, kerana nama "Sang Kancil"
disebut-sebut. "Kamu semua, diam,"
Harimau, Sang Belang merasa tercabar.
"Sang Kancil, bijak, ia layak dicalonkan
menjadi Raja rimba hutan jati." Seru
semua yang hadir."Diam, menjadi Raja
Rimba bukan bijak, berakal syaratnya."
Harimau, Sang Belang berakal-akal.
"Kamu semua, Sang Kancil, bukan pilihan
terbaik. Siapa di sini tak pernah tertipu
oleh Sang Kancil. Kami yang dah tertipu
berkali-kali tak akan membiarkan Sang
Kancil diberi peluang walaupun sekali.
Lagi pun Buaya, Ular Sawa, dan aku
dah lama mendendamkan daging
manis Sang Kancil. Jadi, Raja Rimba
tak perlu bijak, berakal, tapi, yang
mesti ditakuti, perkasa, kata-katanya
menggegarkan rimba jati. "Tapi, Sang
Kancil tak makan bangkai, kentutnya tak
bau.""Diam. Aku Harimau, Sang Belang,
tak suka kamu bercakap kurang sopan."
Pendek cerita, Akulah. Raja Rimba.,
Maaf, calon Raja Rimba, Setuju?!"
Sekarang telah ditutup penanaman
calon. Hanya ada satu calon. Sekarang
diumumkan, Menang Tanpa Bertanding."
Terdengar suara mulai seperti berbisik
dan kemudian suara itu semakin jelas
dan menemukan sukmaku kembali.
Tenang. Tenang. Damailah. Sebentar
lagi kita akan mendarat ke lapangan Terbang
Antara Bangsa Kota Kinabalu, Sabah.
Honaira
5 Oktober 2012
*Antologi Suara Penyair, 2012
Wednesday, 3 October 2012
Naratif Sebuah Nasihat (Ketuhanan)
Kau dibesarkan dalam doa yang mengalir
dari setitik nuftah kau berenang sentosa
keselamatan samawi telah pun dijanjikan
kau pendengar baik, kaulah Ismailku,
mimpi-mimpi genap, ketika kau dewasa,
kau menggenapkan mimpi. Kata-katamu,
biar lembut, tiap sentuhan dengan kasih
sayang. Melangkah dalam alam sejagat,
dengan pesanan dan nasihat. Kekadang kau
ke pinggir membiarkan orang lain lalu. Tiap
kalimat turun bersopan. Orang mengasari,
kau memberi senyum lembut. Mendahulu
yang hak dalam segala kegiatan sekalipun
dunia ini turun melimpah-ruah di ribamu.
Terlalu mencintai itu akan menjauhkan mu
dari Allah Azzali. Sekalipun kau terpukul
ke sudut, jangan berakal bohong. Bicaramu
biar terus terang. Tanpa bermuka-muka dan
menggelirukan. Datanglah pada orang tua
dengan tertib, alam maya pun bergerak sama
dalam tertib. Ingat, nasihat Luqman kepada
anaknya. Inilah pula dingatkan kepadamu.
Biasakan lidahmu berkata benar sekalipun
hidupmu jadi umpanan. Jika kau terpanggil
kerjakan amal ibadat dengan hati bersih. Kau
mesti menggunakan hikmah dalam memutus
perkara. Dengarkanlah langit, baca dan amal
Al Qur'an, pesan Rasul dan ikuti sunnah dan
berpegang pada tauhid . Dalam keadaan apa,
kau mohon, kerjakan salat, mendekatkanmu
pada Tauhid. Kalau ini sebuah nasihat, dari
tradisi silam, Allah berfirman, Rasul bersabda,
Nabi Isa memberi nasihat, Krishna demikian,
Buddha dan Confucius, guru dan orang tua.
Mereka, kolam yang tak pernah kering, selalu
langit samawi mengirimkan hujan bersama
takarannya. Rahmat pada naratif sebuah doa.
Honiara
4 Oktober 2012
*AP Voliume I, 2013
dari setitik nuftah kau berenang sentosa
keselamatan samawi telah pun dijanjikan
kau pendengar baik, kaulah Ismailku,
mimpi-mimpi genap, ketika kau dewasa,
kau menggenapkan mimpi. Kata-katamu,
biar lembut, tiap sentuhan dengan kasih
sayang. Melangkah dalam alam sejagat,
dengan pesanan dan nasihat. Kekadang kau
ke pinggir membiarkan orang lain lalu. Tiap
kalimat turun bersopan. Orang mengasari,
kau memberi senyum lembut. Mendahulu
yang hak dalam segala kegiatan sekalipun
dunia ini turun melimpah-ruah di ribamu.
Terlalu mencintai itu akan menjauhkan mu
dari Allah Azzali. Sekalipun kau terpukul
ke sudut, jangan berakal bohong. Bicaramu
biar terus terang. Tanpa bermuka-muka dan
menggelirukan. Datanglah pada orang tua
dengan tertib, alam maya pun bergerak sama
dalam tertib. Ingat, nasihat Luqman kepada
anaknya. Inilah pula dingatkan kepadamu.
Biasakan lidahmu berkata benar sekalipun
hidupmu jadi umpanan. Jika kau terpanggil
kerjakan amal ibadat dengan hati bersih. Kau
mesti menggunakan hikmah dalam memutus
perkara. Dengarkanlah langit, baca dan amal
Al Qur'an, pesan Rasul dan ikuti sunnah dan
berpegang pada tauhid . Dalam keadaan apa,
kau mohon, kerjakan salat, mendekatkanmu
pada Tauhid. Kalau ini sebuah nasihat, dari
tradisi silam, Allah berfirman, Rasul bersabda,
Nabi Isa memberi nasihat, Krishna demikian,
Buddha dan Confucius, guru dan orang tua.
Mereka, kolam yang tak pernah kering, selalu
langit samawi mengirimkan hujan bersama
takarannya. Rahmat pada naratif sebuah doa.
Honiara
4 Oktober 2012
*AP Voliume I, 2013
Tuesday, 2 October 2012
Mendengar Nasihat (Ketuhanan)
Suatu kehormatan ketika terpanggil memberi nasihat
sekarang duduk mendengar kata-kata nasihat telah
terbang di angin lalu. Tapi, mendengar nasihat supaya
dapat dipindahkan kepada jenerasi ke jenerasi lain.
Memberi nasihat perlu selalu, bukan setahun sekali.
Sampai dunia meletop, kita tak akan rugi duduk
mendengar nasihat. Nasihat dari ayah kepada anak.
Dari professor kepada mahasiswa, nasihat menteri
kepada rakyat, rakyat kepada menteri. Nasihat
yang datang dari langit, kepada hamba yang beriman.
Nasihat Rasul kepada ummah, nasihat ibu kepada
anak. nasihat orang tua sampai ke tua. Yang tak
ingin mendengar nasihat, mereka, golongan angkuh.
mereka tak ingin mendengar tapi mau didengar.
Tak mempedulikan nasihat, bukan tradisi dan adat
Melayu, bukan tradisi dan adat pribumi. Nasihat
tak ada sempadan. Tak ada ras atau memandang
warna kulit. Jangan memandang dari siapa menerima
nasihat. Nasihat datangnya dari jiwa yang bersih,
merendah dan terus-menerus. Negara membangun,
rakyatnya suka mendengar nasihat. Ketika mendengar
nasihat mata mereka berair dan insaf. Untung pada
mereka ada yang masih suka memberi nasihat. Tiada
dalam hidup ini, sejak lahir, tanpa nasihat. Oleh itu,
ketika ada orang iongin memberi nasihat, duduklah
dan mendengar Bayangkan, kalau orang tak mendengar
nasihat lagi.
Honiara
3 Oktober, 2012
sekarang duduk mendengar kata-kata nasihat telah
terbang di angin lalu. Tapi, mendengar nasihat supaya
dapat dipindahkan kepada jenerasi ke jenerasi lain.
Memberi nasihat perlu selalu, bukan setahun sekali.
Sampai dunia meletop, kita tak akan rugi duduk
mendengar nasihat. Nasihat dari ayah kepada anak.
Dari professor kepada mahasiswa, nasihat menteri
kepada rakyat, rakyat kepada menteri. Nasihat
yang datang dari langit, kepada hamba yang beriman.
Nasihat Rasul kepada ummah, nasihat ibu kepada
anak. nasihat orang tua sampai ke tua. Yang tak
ingin mendengar nasihat, mereka, golongan angkuh.
mereka tak ingin mendengar tapi mau didengar.
Tak mempedulikan nasihat, bukan tradisi dan adat
Melayu, bukan tradisi dan adat pribumi. Nasihat
tak ada sempadan. Tak ada ras atau memandang
warna kulit. Jangan memandang dari siapa menerima
nasihat. Nasihat datangnya dari jiwa yang bersih,
merendah dan terus-menerus. Negara membangun,
rakyatnya suka mendengar nasihat. Ketika mendengar
nasihat mata mereka berair dan insaf. Untung pada
mereka ada yang masih suka memberi nasihat. Tiada
dalam hidup ini, sejak lahir, tanpa nasihat. Oleh itu,
ketika ada orang iongin memberi nasihat, duduklah
dan mendengar Bayangkan, kalau orang tak mendengar
nasihat lagi.
Honiara
3 Oktober, 2012
Monday, 1 October 2012
Paduka Mat Salleh Dan Lima Puluh Tahun, Merdeka!*(UB)(ASP) (Merdeka)*
Aku melihatmu, duduk merenung jauh
Paduka Mat Salleh tenang, sekalipun
dalam dirinya, gelisah menunggu esok.
Kerana esok membawa berita masa akan
datang. Di sini, pembelaan terhadap
bangsa telah mula. Tiap gerak langkah
kakinya, adalah hari-hari penentuan dan
sejarah bangsa pribumi. Di telapak kakimu,
kau dirikan kubu, kukuh dan hebat.
Wira-wiramu telah siap-siaga dijadikan
korban demi esok, dijanjikan. Umumkan.
Datanglah perintah. Kerana aku mengenangmu,
Paduka Mat Salleh. Keputusanmu berperang
adalah wajar. Kubaca, tipu muslihat musuh.
Pembelasahan massa, bangsa Moro di
tangan Leonard Wood. Aku mengingati
mereka. Kekejaman dan kekerasan tetap
kekejaman dan kekerasan tak akan bisa
dihilangkan dari sejarah. Aku melihatmu,
bagaimana kau beraksi di Lautan Pasifik,
Atlantis, Lautan Hindi dan Laut China Selatan.
Bagaimana kapal-kapalmu mundar-mandir
mencipta malam panjang di daerah-daerah
pribumi, mencolek mereka di siang benderang!
Di tanah asing burung-burung hitam merindukan
tanah leluhur sampai nafas penghabisan. Dan
martabat dirimu direndahkan. Hilang tradisi dan
hilang adat di tanah asing, mengakhiri hidupmu
di banjaran pergunungan salji, jauh dari kampung
halaman, tiada jalan pulang. Terperangkap. Mereka
dikerah menjadi budak dan buruh paksa di ladang-
ladang tebu, di Queensland. Paduka Mat Salleh, malam
ini, aku mengenangkanmu dan mengenangkan
kemerdekaan bangsa dan lahirnya sebuah negara.
Bangsa pribumi, bangsa Melayu dan negara Malaysia
lima puluh tahun, merdeka. Atas kesedaran bangsa,
namamu dikenangkan. Dari timur ke barat halaman
sejarah telah tercatat, kemampuan dan kedaulatanmu
sebagai bangsa merdeka, bangsa pribumi, bangsa
Melayu. Kita tak pernah dikalahkan menghadapi
penjajah bangsa. Tiap generasi jatuh bangunnya
di atas pundak sejarah lalu. Sejarah telah
mendewasakan bangsa dan sejarah mendewasakan
negara Malaysia. Aku mengenangkanmu
Paduka Mat Salleh, kau mengenal permainan
penjajah. Mereka pandai menyedapkan rasa
dan melunturkan semangat perjuangmu.
Perjanjian dibuat untuk mengabui matamu
dan menderamu. Akhirnya kau ditumpaskan.
Paduka Mat Sallleh, ketika martabat bangsa
jatuh ditendang ke dalam longkang dan
membunuh semangat perjuanganmu,
di situ, kau, hadir dan membalas balik
gertak dan tipu muslihat penjajah bangsa.
Kebangkitanmu, Paduka Mat Salleh telah
mengangkat martabat bangsa pribumi ini,
bangkit melawan ketidak-adilan, kemalaratan
pemerasan, menjatuhkan martabat, adat
dan tradisi bangsa pribumi di depan mata.
Memang celaka, kalau satu bangsa membiarkan
martabat dirinya terinjak, memusnahkan
masa depan sebuah bangsa bermaruah dan
berakal budi, penuh dengan adat-adat sopan
santun. Di malam terakhir itu, aku dapat
merasakan diammu. Malam penuh doa-doa
darimu dan panglimamu, Paduka Mat Salleh.
Sampai akhir, jiwamu tak pernah dikalahkan,
dan kau tak berganjak atau mundur ke belakang.
Tiap langkah kau perhitungkan. Sekiranya
nanti kemenangan di pihakmu, itu adalah hadiah
dari langit. Tetapi sekiranya kau tumpas, perjuangan
tak akan berhenti di sini. Perjuangan bangsa akan
terus sehingga negara berdaulat ini merdeka
dan bebas dari penjajah bangsa. Oleh itu langkahmu
telah kau perhitungkan. Tiada bangsa yang menyerah
tanpa perlawanan sampai ke akhirnya. Aku mengenangmu
dalam doa pada Tuhan Rabiul Alamen. Malam terakhir,
langit diam sampai ke fajar. Sejarah akan tercipta
pada esok. Pertempuran bangsa pribumi melawan
penjajah bangsa. Aku melihatmu, Paduka Mat Salleh,
bagaimana, suasana di kubumu. Bagaimana kalian
menjalani malam-malam terakhir kalian di kubumu.
Doa yang dipanjatkan pada kali terakhir. Lalu siang
pun tiba, sunyi dan senyap di kubumu. Lalu suaramu,
Paduka bagai halilintar membelah langit, kau berseru
"Hidup, hidup, hidup Wahai bangsa berdaulat. Bangsa
Pribumi dan bangsa Melayu." Aku melihat pada langit
biru terhimpunnya huruf-huruf menjadi kalimat, tajam
seperti tombak, turun dalam ribuan panah api, ke arah
penjajah bangsa. Pertempuran pun berlaku. Para panglima
menerpa ke depan tanpa takut, melumpuhkan kemaraan
musuh, dan merabunkan mata mereka. Satu demi satu
mereka gugur. Aku merasa Paduka, kocak darahmu
mengalir dalam tubuh ini. Aku mengenangmu,
pertempuran siang terakhir. Hari ini 50 tahun, negeriku,
Sabah dalam Malaysia, rahmat dan kurnia Allah.
Hidup bangsaku yang berdaulat. Bernyanyilah puisiku
dari sukma yang mengalir dari kalimat tulus dan
kata-katanya terungkap dari kejujuran mimpi
anak bangsa dalam mengenangmu, Paduka Mat Salleh.
Dari masa silam penjajah selalu menjadi kita umpan
dalam dasar "pecah dan pimpin." Ketika bangsa
pribumi didiamkan, kau berdiri. Ketika kau telah
dicurigai, mereka memanggilmu berunding dan
berjanji manis. Ketika kau berhenti berunding
mereka memanggilmu, pemberontak harus dihapuskan.
Malam, 50 tahun, kami telah menjadi bangsa,
negara berdaulat, kami kenangkanmu sebagai anak
bangsa yang pernah bangkit dan menentang
ketidak-adilan, pemerasan, kemiskinan dan
kemalaratan anak bangsa pribumi di tanah airmu.
Malam ini, Aku melihat kebenaran dan kenyataan
sejarah. Sejarah tercipta, dalam semangat bangsa,
ke arah kesatuan yang satu, persaudaraan dari
pengorbanan anak bangsa sebelum hingga hari ini.
Aku mengenangkanmu, pengorbananmu,
Paduka Mat Salleh, pengorbanan yang tak akan
dilupakan. Pengorbanan anak watan, anak pribumi
menentang penjajah bangsa. Malam ini,
Kami mengenangkanmu, Paduka Mat Salleh,
dan para panglimamu. Namamu hadir dalam
impian dan mimpi, mimpi anak bangsa
pribumi bukan hanya di malam 50 tahun ini,
malam ini tapi, dalam ribuan tahun mendatang.
Honiara
2 September 2012
*disiarkan oleh Utusan Borneo, hari minggu, 21 Oktober 2012
*Puisi ini dalam antologi bersama, Sabahuddin Senin dan Awang Karim Kadir, dalam antologi "Suara Penyair", terbitan Pro Saba-F, 2012
*Antologi Kemerdekaan
Subscribe to:
Posts (Atom)